Sunday, November 29, 2009

SI KADUK DAH NAIK JUNJUNG

Sejak dulu lagi kita sering di kejutkan dengan isu isu yang menggores hati orang Melayu.Namum setiap kali ianya berlaku,pasti ada jalan penyelesaian,samaada cara sihat mahu pun cara tak sihat.Kesemua peristiwa yang melibatkan kaum dapat di selesaikan dengan berpaksikan Perlembagaan Negara yang menyebabkan akhirnya Mereka tunduk dengan keputusan Kerajaan yang di terajui oleh UMNO.

Bermula dengan peristiwa Pemimpin DAP menghalau Orang Melayu Keluar daripada Kuala Lumpur,pada peristiwa 13 Mei 69,setelah mereka memenangi mejoriti kerusi kerusi pilihan raya pada tahun itu.Datuk Harun Idris menjadi wira berjuang mempertahan martabat melayu.Rusuhan kaum berlaku,ribuan orang melayu dan orang Cina mati.Askar Melayu di beri kuasa oleh Yang Di Pertuan Agong mengawal darurat yang di kenakan keatas Rakyat.Kerajaan Mageran di tubuh dan akhirnya di serah balik kepada pemerintahan Perikatan yang di terajui oleh UMNO.Allahyarham Tun Razak dengan tegas Mengujudkan DEB,menstrukturkan semula masyarakat agar orang Melayu di anjakan taraf hidup mereka kepada jurang yang semakin kecil dengan orang Cina.Semua rakyat berbilang kaum akur dan terima walaupun ada yang terima tanpa kerelaan mereka.Kepemimpinan Melayu kembali kukuh dgn masuknya PAS kedalam BN.Negara kembali aman.

Lim Kim Sai,semasa menjadi Ketua Pemuda MCA pernah cabar Hak Orang Melayu,sehingga Dato Najib Ketua Pemuda UMNO ketika itu rancang nak himpun 100 ribu Pemuda Melayu di padang TPCA untuk mempertahan hak Melayu,akhirnya isu ini di selesai secara perundingan kerana muafakat dalam BN.Agenda Melayu di teruskan kerana UMNO masih kukuh sebagai tunjang kepada BN.

Persatuan Don Zua Dong dan Su Que pernah tuntut kerajaan menggugurkan 17 perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang melindungi hak Melayu.Hampir hampir mencetuskan pergaduhan kaum ,sekali lagi ianya dapat di selesaikan oleh Dr Mahadhir kerana UMNO masih kukuh dalam menerajui BN.

Ingat 9 menteri bukan Melayu pernah tanda tangan memorendum supaya artikal 121 1(a) di rombak agar kes mahkamah syariah boleh di atasi oleh mahkamah sivil?.pun selesai dengan mengekalkan artikel itu yang memberi kuasa mutlak kepada mahkamah syariah dan tidak boleh di cabar,di ulang bicara oleh mana mana mahkamah lain.Kerana UMNO masih mendomonasi kepimpinan dalam BN.

Persoalannya Tidak ada seorang pun Pemimpin Cina samada MCA,Gerakan mahupun DAP yg benar benar ikhlas dan jujur mempertahankan Perlembagaan Negara melainkan mereka terpaksa akur dengan KEKUATAN UMNO sebagai parti Melayu yang mempunyai kuasa memerintah negara.

Lihat sekarang apabila UMNO agak lemah,suara suara kurang ajar Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya sudah mula kedengaran tanpa memperdulikan sensitiviti orang Melayu.malah Raja raja juga sudah menjadi bahan pertikaian.Siapa yang boleh menegur mereka?

Hari ini tidakkah kita merasa sedih melihat melihat telatah dan tindakan sesetengah Pemimpin Melayu dari PAS dan PKR yang konon nak jadi juara hak kebebasan.Mereka seolah olah menjadi penyokong kepada tuntutan seperti saya sebut di atas.Walaupun yg mereka lakukan itu mungkin bersifat politik yang beria ia nak jatuhkan UMNO dan yakin jika UMNO jatuh komponen BN yang lain akan beralih arah,tetapi terfikir kah kita apa akan jadi pada Orang Melayu sekiranya UMNO hilang Kuasa.Siapa pulak yang nak mempertahankan Melayu?

Mampukah Anwar menipu rakan rakan bukan Melayu PKR dan sahabat jitu nya DAP untuk mempertahankan Perlembagaan dan menjaga kepentingan Melayu andainya dia jadi PM?.Sedangkan semasa susah mencari sokongan, Anwar bukan saja setuju dengan tuntutan kaum Cina dan India malah menjadi juara dalam mempertahan tututan kaum kaum tersebut.Anwar menjadi HERO kepada HINDRF dan DAP dalam mempertikaikan ISA,Kehakiman,SPRM,Dasar Ekonomi Baru (DEB),BTN dan banyak lagi dasar dasar kerajaan untuk orang Melayu.Malah Anwar tutut sama menuduh UMNO parti perkauman.

Soalnya sekarang apakah Orang cina sudah tak ada sifat perkauman,dan orang India juga begitu ?.Adilkah Singapura terhadap Orang Melayu?.Apakah yang telah di buat oleh Lim Guan Eng terhadap orang Melayu Pulau Pinang ?.Apa yang telah di buat oleh DAP semasa PR perintah Perak ?.Bagaimana DAP kudakan PKR untuk kepentingan kaum mereka di Selangor?.Teliti dan fikir betul betul siapakah yang lebih perkauman di negara kita.?Apakah yg tersirat di sebalik perpecahan dalam MCA dan MIC ?

PAS pula seakan hilang punca apabila mereka sudah ketepikan perjuangan ISLAM mereka.Kerana dah malu alah dengan rakan kafir mereka yang telah menyumbang banyak undi terhadap kemenangan PAS.PAS mula alih pandangan Ahli mereka kepada kemelut isu kepimpinan kerana PAS takut ahlinya mula bertanya tentang perjuangan ISLAM yang selama ini di jaja oleh pemimpin pemimpin PAS.Mana Hudud,mana negara Islam ?.Sedangkan yang saya lihat setiap ceramah sekarang di hadiri oleh Rakan DAP dan kafir PKR.

Sebagai rumusan Semua orang Melayu dan UMat Islam harus sedar akan permainan musuh musuh islam yang bersembunyi dalam di dalam terang.seperti menarik rambut dalam tepung.Mulut manis menunjuk baik bila dapat satu persatu akan terhapus apa yang kita miliki.Takut nanti "KITA TERSEPIT DENGAN JERAT SENDIRI.

Wednesday, November 18, 2009

Prestasi Penglibatan Melayu Melaka Dalam Sektor Pembuatan

Pertumbuhan sektor pembuatan di Melaka pada tahun 2008 dan 2009 menurun sedikit berbanding pada tahun sebelumnya kesan daripada tindak-tanduk dan sikap lebih berhati-hati di kalangan pelabur berikutan ekonomi dunia yang agak perlahan. Gara-gara daripada lonjakan harga minyak, krisis makanan dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat yang dianggap sebagai nadi pertumbuhan ekonomi dunia menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih suram.

Kesan daripada kelembapan ekonomi ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi aktiviti perniagaan di dalam bidang pembuatan di Melaka. Kesan ini dapat dirasai dengan berlakunya penurunan penglibatan para peniaga sebanyak 10% pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2007. Jika dilihat dari segi penglibatan kaum terutamanya kaum Melayu amatlah sedikit dan jelas pengurangan berlaku dalam aktiviti pembuatan berasaskan perabot dan perkayuan iaitu hanya 10.4%, getah dan plastik iaitu 9.2%, produk galian bukan logam iaitu 4.1% dan diikuti produk berasaskan logam iaitu 11.9%

Begitu juga dengan pengeluaran berasaskan produk petroleum bertapis dan bahan api nukleur seperti penyimpanan cecair merbahaya,minyak atau petrol yang menunjukkan pengurangan penglibatan semua kaum sebanyak 62% pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan akan mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar ini sekaligus menyebabkan kejatuhan pendapatan peniaga yang menjalankan aktiviti ini.

Namun demikian, dengan adanya program dan projek pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan di bawah pembangunan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, ia mampu memberikan impak yang positif dan berkesan dalam merancang pembangunan ekonomi yang berterusan.

Sebagai contoh, kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak 6.1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi menaik taraf gerai dan membina kawasan rawat dan rehat (R&R) di Sungai Rambai di samping pelbagai lagi gerai baru yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Kerajaan Negeri. Ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha makanan dalam memastikan kualiti dan mutu makanan yang disediakan terjamin di samping mewujudkan lebih ramai pengusaha makanan.

Memang tidak dinafikan bahawa perusahaan makanan dan minuman dalam sektor pembuatan ini merupakan antara aktiviti yang hampir mencapai sasaran 30%. Pembabitan pengusaha Melayu pada tahun 2007 telah mencapai sebanyak 23.6% dan bertambah pada tahun 2008 sebanyak 26.4%. Ternyata ramai yang memilih aktiviti perniagaan berasaskan pembuatan makanan dan minuman kerana percaya bahawa perniagaan ini adalah perniagaan yang menguntungkan dan berterusan serta tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang terlalu rumit. Justeru itu, kerajaan negeri memandang serius mengenai pembabitan Melayu dalam sektor pembuatan secara keseluruhan dengan menumpukan atau memberi perhatian yang lebih terhadap aktiviti yang dianggap kritikal.

Pelbagai kursus dan program yang melibatkan usahawan yang di jalankan oleh pelbagai agensi bagi mempertingkatkan pengetahuan serta motivasi. Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam juga ada menyarankan bahawa setiap agensi kerajaan yang terlibat dengan program pembangunan usahawan harus bertindak sebagai ”lead agency” bagi beberapa sektor perniagaan utama seperti sektor pembuatan, sektor peruncitan, sektor perniagaan am dan beberapa lagi sektor utama dalam usaha untuk menambah jumlah usahawan Bumiputera di Melaka. Katanya lagi, ”lead agency” berperanan memastikan bahawa penubuhan persatuan diwujudkan mengikut bidang-bidang utama perniagaan. Dengan cara ini, penyertaan usahawan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kebaikan berpersatuan itu sendiri selain dapat memberikan khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi memastikan tahap perniagaan berada di tahap tertinggi dan semasa juga memberikan pendedahan dalam melahirkan usahawan yang tahan mengharungi dunia perniagaan. Usahawan perlu diingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan mereka perlu menyahut cabaran kerajaan untuk menjadi usahawan yang benar-benar berjaya”.


Menurut Datuk Haji Hasnoor , selaku pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera (MTESB), hasil pemantauan yang dijalankan terhadap 4 aktiviti yang kritikal ini mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan penurunan bilangan pengusaha adalah disebabkan oleh pasaran yang kurang memberangsangkan, tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam industri ini juga memerlukan modal yang agak tinggi. Selain itu, ramai pengusaha Melayu beranggapan bahawa aktiviti pembuatan seperti perabot, getah dan plastik, logam dan bukan logam berhadapan dengan risiko yang tinggi berbanding perniagaan yang lain. Enggan menghadapi risiko menyebabkan ramai pengusaha Melayu memilih perniagaan yang mudah seperti perusahaan makanan dan minuman.

Sasaran untuk menguasai ekonomi Bumiputera Melaka sebanyak 30 peratus di bidang kritikal menjelang tahun 2010 masih belum tercapai berikutan pemikiran kaum Melayu yang begitu rigid terhadap bidang perniagaan. Sehubungan dengan itu semua agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan harus memberi tumpuan kepada aktiviti yang kurangnya pembabitan orang Melayu demi merealisasikan sasaran yang ditetapkan.

Tuesday, September 8, 2009

NASIB PAK KADUK

Beberapa hari yang lalu saya menghadiri satu majlis berbuka puasa bersama pemimpin pemimpin UMNO yang juga di hadiri oleh seorang Ketua Pengarah salah satu Jab Pusat.Saya terperanjat apabila mendengar ucapan beliau yang mengatakan tidak ada tanda tanda pengundi Cina dan India akan berbalik kepada Barisan Nasional.

Pada hal saya rasa kecewa juga apabila PM mengumum kan beberapa langkah yang semacam menarik balik beberapa kepentingan Melayu.Leberelisasi dan meritokrasi telah banyak memberi faedah kepada orang bukan Melayu.Konsep satu Malaysia juga memberi penekanan kepada pencapaian di utamakan tanpa mengambil kira polarisasi kaum.Memang semestinya sebagai pemimpin akar umbi terpaksa tahan segala sebak dan ketidak kepuasan hati demi menyokong hasrat tersurat dan tersirat YAB PM.

Namun kalau benar seperti apa yang di ucapkan oleh Pengarah tersebut,sungguh sakit hati ini bila memikirkan kenapa jadi demikian walaupun sudah berlalu hampir setahun setengah PRU 12.Persoalannya apakah kita harus memberi mereka masa lagi atau memikirkan lagi apa apa lagi yang di miliki oleh orang Melayu untuk di kurangkan lalu di beri kepada orang bukan Melayu dengan harapan yang saya fikir hanya tinggal harapan juga.

Takut takut kita jadi Pak Kaduk,ayam nya menang kampung tergadai.Susu yang di beri di balas dengan air garam.Apa tidaknya,cuba kita lihat berapa banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang pengundi Melayu melebhi 55 peratus di letak kan calun MCA dan MIC?.Berhempas pulas UMNO berjuang walaupun hatinya bisa untuk memenangkan calun calun tersebut.Ini bukti orang Melayu dah lama terima SATU MALAYSIA.Yang tak faham faham adalah orang bukan Melayu.

Saya berpendapat kita mesti menetapkan satu jangka masa bagi kita membuat penilaian.Jika masih keadaannya begini,pelan alternatif harus di lakukan.Hidung tak mancung pipi jangan tersorong sorong,apa guna kita lantik calun yang dirinya sendiri lansung tak dapat sokongan daripada kaumnya.Maknanya kita beri pada orang yang tak sudi.Sudah sampai masa nya kita harus menilai semula pemilihan calun calun di sesuatu kawasan pilihan raya hendaklah berasas kan majoriti sesuatu kaum.Kalau tidak saya kuathir kita akan hilang lebih banyak kerusi dalam PRU 13.contoh di kawasan mejoriti Melayu jika BN letak calun MCA dan PR letak calun Melayu ,apa akan jadi?.Orang Cina dan India kekal dengan momentum pro pembangkang kerna sikap Anuar yang akan menggadai Bangsanya dan Agama seperti yang DAP perjuangkan selama ini,PAS pula yakin Lim Kit Siang,Tian Chua ,Kapal Singh,Sivarasa,Irine Fernandez boleh sama sama laksana hukum hudud,orang Melayu pula lebih cenderung untuk mengundi calun bangsa sendiri ,maka sudah pasti BN(MCA) akan tumpas,contoh Parlimen Badar Tun Razak.Alang alang menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan,dulu PRU 12,mana MCA,mana MIC,mana Gerakan.....?.namun izin ALLAH kita tetap memerintah negara tercinta ini.Saya sangat yakin setelah orang Melayu benar benar faham siape mereka,UMNO akan kembali menjadi tempat bernaung.

Sunday, September 6, 2009

KENAPA MESTI CARI PERBEZAAN ?

kalau kita berjumpa dengan kawan lama dan berkesempatan berbual maka perbualan kita akan menjadi menarik dan lebih mesra seandainya topik perbualan tersebut bersekitar tentang persamaan yang kita miliki.sebagai contoh kalau kita bercerita tentang memburu dan kebetulan kawan kita juga seorang pemburu,alang kah seronok maka terpancar keakraban dan sifat persamaan antara kita.sebalik nya jika bercerita tentang bola pada hal kawan kita langsung tak mengetahui dan tak berminat tentang bola sudah pasti perbualan menjadi hambar.ianya akan menjadi lebih buruk seandainya kita menuduh kawan kita buta bola,kaki bangku dan menunjuk nunjuk kepakaran kita sehingga menimbulkan kebencian.

Begitulah yang sedang berlaku terhadap orang Melayu,kita seringkali mencari perbezaan antara kita.Ada setengah gulungan Melayu yang telah melupakan langsung apa apa persamaan yang kita miliki.yang paling buruk apabila perbezaan di perbesarkan sehingga mengundang perpecahan sesama sendiri.Tanpa kita sedari perpecahan yang kita alami mengakibatkan apa apa yang kita sama sama miliki selama ini sedikit sedikit akan terhakis.ingat sejarah dahulu,kisah di Perak,Raja Ahmad minta bantuan Inggeris melalui Syarikat India Timur dalam perebutan tahta dengan Raja Abdullah.Setelah berjaya maka bermacam macam tuntutan Inggeris terpaksa di tunaikan.Akhirnya satu persatu kuasa Raja di serah kepada penjajah.

Sejak pilihan raya yang pertama memang ada parti pembangkang.Tetapi semua parti pembangkang pada ketika itu berjuang atas parti masing masing dan mereka tidak membentuk gabungan yang nyata.Ini adalah kerana masing masing parti mempunyai ideologi dan falsafah yang sangat berbeza.PAS nak menegakkan Negara Islam cara mereka,DAP musuh Islam dengan konsep Malaysian Malaysia,Semangat 46 nak kembalikan UMNO asal dan Parti Sosialis dengan fahaman komunisma mereka.maka itu atas dasar mempertahankan ideologi dan falsafah masing masing,tidak berlaku pakatan tulin antara mereka.Sebab itu walau pun ada calun mereka yang menang tidaklah sampai menggugat kerajaan Barisan Nasional yang dunia tahu UMNO tunggak nya.pendik kata di terajui secara mutlak oleh pemimpin MELAYU,Perjuangannya adalah Agama,Bangsa dan Tanah Air.

Hari ini apa dah jadi dengan pemimpin pemimpin pembangkang Melayu yang Beragama Islam ?.Bermula dari terlepasnya Anuar Ibrahim dari penjara,hasil dari sifat baik hati mantan PM Tun Abdullah,gerakan membalas dendam pun di mulakan dengan menghalalkan semua cara melalui parti KEADILAN Rakyat.Dengan berfalsafahkan tuntutan Demokrasi tulin.membenarkan kebebasan mutlak,memusnahkan dominen Melayu yang boleh di tafsirkan sama seperti gagasan DAP ia itu Malaysian Malaysia.Mungkin pada Anuar itu cara terbaik bagi dirinya untuk berjaya menjadi PM.itu Anuar dan DAP punya hal.

Saya langsung tak terfikir bagaimana Pemimpin pemimpin PAS boleh masuk dalam perangkap ini.Cuba orang Melayu fikir,apa untungnya terhadap Agama ISLAM yang maha suci dengan masuknya PAS dalam Pakatan Rakyat.Sejauh mana ISLAM dapat di Martabatkan?.Mana ideologi dan falsafah PAS yang sejak dulu melaung laungkan Membangun Bersama Islam,menegakkan negara Islam.?.Akhirnya demi kepentingan pemimpin pemimpin PAS maka tercampak lah parti PAS bersama parti parti yang tak menyebut ISLAM dalam falsafah parti mereka.Tak ubah lah seperti apa yang terjadi terhadap sejarah Raja Ahmad yang menang tetapi kuasa tergadai.Maka jadilah Parti yang terpaksa di langkah mayatnya dulu sebelum tegak negara Islam sebagai abang kandung yang lebih kerkuasa selepas PKR.

Kalau benar kejujuran jadi pertimbangan dan persamaan menjadi asas perbincangan,maka lihat lah antara UMNO dan pas.UMNO perjuang AGAMA DAN BANGSA dan PAS nak menegakkan ISLAM.Agama yang di maksudkan oleh UMNO adalah ISLAM dan Bangsa pula adalah Melayu yang wajib beragama ISLAM.Maka kalaulah semua orang Melayu jujur dalam membuat pertimbangan,ambil lah ISLAM sebagai wadah perjuangan dan ISLAM itu ada dalam perjuangan UMNO dan PAS.UMNO parti dominen yang sedang berkuasa sedangkan PAS tersepit di antara PKR dan DAP.Orang Melayu dan umat Islam berfikirlah antara rumah milik kita yang masih tegak berdiri yang sedang di ancam oleh musuh musuh kita dengan rumah yang kini di kuasai oleh pakatan yang tidak membawa Islam bersama mereka.HIDUP MELAYU TEGAK ISLAM.

Friday, September 4, 2009

APA DAH JADI PEMIMPIN MELAYU PKR..

(MERUJUK KEPADA SINAR HARIAN 01/09/2009 )
TUBUH PARTI SATUKAN SEMUA KAUM
RAKYAT PERLU TOLAK PARTI PERKAUMAN

Alangkah malangnya ada pemimpin melayu seperti Syamsul Iskandar (Ketua Angkatan Pemuda PKR) di dalam Negara Malaysia, di saat kita merayakan hari kemerdekaan. Saya nak bertanya apakah kenyataan beliau yang seolah-olah tidak mahu lagi hak-hak melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dipertahankan itu datang dari lubuk hati dan perasaannya ataupun kenyataan itu datang dari seorang pemimpin PKR yang partinya itu mulai dikuasai falsafahnya oleh musuh-musuh melayu. Kalaulah itu benar hati dan perasaan beliau memang sudah tidak ada langsung cinta dan sayang terhadap bangsanya tidak salah saya tafsirkan beliau adalah juga pengkhianat bangsa.

Jangan gadaikan maruah dan kepentingan bangsa seperti yang telah terkandung dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh kaum cina dan india hanya kerana hendak mengejar populariti dalam politik.

Bermula daripada hasrat inggeris untuk menubuhkan Malayan union maka orang melayu mula sedar lalu mengadakan kongres melayu dan seterusnya menubuhkan UMNO di Istana Besar Johor Bahru dengan perjuangan untuk menolak Malayan Union. Dari situ wujud perasaan untuk menuntut kemerdekaan. Diminta oleh inggeris untuk menjaga keharmonian kaum, maka kontrak sosial dikemukakan dan dijadikan perlembagaan Negara. Sejak dahulu sehingga sekarang telah terbukti pemimpin dan parti melayu berjaya mentadbir dan memajukan Negara ini bersama-sama dengan kaum-kaum yang lain. Walaupun setiap kaum mempunyai parti dan siasah masing-masing. Mungkin orang seperti tidak belajar sejarah atau sudah lupa atau sudah benci.

Kenyataan Tian Chua Pengarah Strategik Parti Keadilan yang membuat komen terhadap kenyataan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut kita harus memusnahkan tembok pemisah antara kaum sememangnya telah diduga dan kita sangat faham apakah maksud tersirat oleh pemimpin PKR itu. Yang membawa maksud gagasan Malaysia Malaysia dilaksanakan di Negara kita.

Saya juga sedih dengan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Saudara Khairul Anuar kalau saudara seorang yang dah hilang sensitiviti terhadap Islam biarlah saudara seorang sahaja, kalaupun hendak menjaga undi dari kaum India janganlah sampai menolak kehendak majority orang melayu agama beragama Islam dalam isu kepala lembu di Seksyen 23 Shah Alam. Saya bimbang akhir-akhir ini Nampak pemimpin PKR melayu mula hilang identity melayu mereka, fikirkanlah wahai bangsaku apa akan terjadi terhadap bangsa melayu suatu ketika nanti ?

Thursday, September 3, 2009

konvensyen umno bahagian bukit katil




Konvensyen UMNO Bahagian Bukit Katil telah di adakan pada 12hb Julai 2009,di MITC Melaka,di Resmikan oleh YAB Datuk Seri Hj Mohd Ali Rustam.Anjuran Biro Penerangan UMNO Bahagian Bukit Katil yang di pengerusikan oleh saya sendiri.


SALAM PERJUANGAN

Assalamualaikum kepada semua, saya terpanggil membangunkan blog ini setelah tidak dapat menahan perasaan membaca dan mendengar tentang isu isu semasa yang semacam tidak terkawal.Lebih lebih lagi yang menyentuh AGAMA ISLAM yang maha suci dan juga BANGSA MELAYU bangsa KU.