Thursday, March 11, 2010

BENARKAH MELAYU BEARSAL DARI KETURUNAN LANUN????

Bila membaca tulisan Tan Melaka, Sinar Harian (11 Mac 2010) muka surat 16, saya berasa sangat sedih dan marah. apalah nasib orang melayu yang sering dibanjiri dengan pelbagai cabaran dan momokan seolah-olah bangsa ini sudah longlai sehingga seorang berbangsa cina saya agak (Tan) sudah menjadi kurang ajar dan berani menghina kaum melayu dan memperlekeh tindakan Dr Mahathir suatu ketika dahulu yang mahu mendaulatkan melayu.Cadangan Pembangunan University Raffles Iskandar Malaysia adalah satu usahasama antara Raffles Education Corporation dan Education Iskandar Sdn Bhd. Pada saya ini adalah satu usahasama antara syarikat dalam mengejar peluang perniagaan di bidang pendidikan, ia juga soal pelaburan serta jenama Raffles yang memang sudah terkenal di seluruh dunia. Tidaklah sampai membawa kepada pertikaian sehingga kita sudah lupa dan mahu mengagungkan Britisah atau nak membawa balik penjajah itu pulang ke pangkuan kita.Dalam tulisannya Tan turut menyelar bahawa mana-mana ilmuwan dan cendiakawan melayu tidak sesuai dijadikan ikon dengan alasan bangsa melayu berketurunan lanun. Pantaskah seorang rakyat malaysia yang tinggal di Melaka mengeluarkan kata-kata ini. Tan mesti tahu siapa Alex Josey pegawai khas kepada Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew . Alex dan Lee adalah rakyat Singapura dan mereka tidak perlu menjaga sensiviti orang melayu. Memang perjuangan mereka menolak sama sekali bangsa melayu seperti yang mereka lakukan di Singapura. kalau melayu berketurunan lanun dan menghalalkan sikap dan perangai lanun dah lama kita nyahkan bangsa cina dari negara ini, tahukah Tan bahawa dia adalah keturunan pendatang yang diberi kerakyatan oleh bangsa yang dikatakan lanun ini. Beliau sudah tidak ada semangat nasioanalis lagi, eloklah berhijrah sahaja ke singapura dan layakkah Tan mempertikaikan usaha Tun Dr Mahathir dalam membawa tamadun bangsa selama 22 tahun sebagai perdana menteri ??????Pada saya sikap Tan yang mahu berselindung disebelah globalisasi adalah sangat biadap, kerana dalam konteks kita di malaysia, global digabungkan dengan lokal menjadi glokal. Berfikiran global dan mengekalkan semangat lokal dan nasionalisme.semua ini provokasi yang dilemparkan oleh orang bukan bumiputera selama ini adalah setelah mereka mengambilkira akan keruntuhan perpaduan kaum melayu. Inilah akibatnya apabila orang melayu asyik bercakaran sesama sendiri, kaduk pun sudah naik junjung. Bersatulah bangsaku agar petualang degil dilenyapkan....Datuk Hasnoor Sdg Husin...