Tuesday, January 26, 2010

Satu Malaysia Untuk Siapa ?

Pertama kali saya mendengar perkataan Satu Malaysia,bermacam macam tafsiaran bermain di kepala ini lantaran tiada penjelasan khusus pada ketika itu.Lebih lebih lagi ianya di sambung dengan Rakyat di dahulukan pencapaian di utamakan.Seakan akan sistem meritokrasi tulin nak di perkenalkan tanpa mengira status dan kaum.

Rupa rupanya 1 Malaysia ini hanyalah bersifat rebranding kepada apa yang sudah pun di amalkan sejak merdeka dulu.Ianya merangkumi pengertian tersirat dan tersurat kepada perkataan MUHIBAH atau pun perpaduan kaum kaum yang ada di negara kita.Menghormati setiap agama dan budaya yg di amalkan oleh semua kaum dan Agama Islam sebagai agama Persekutuan dan budaya Melayu sebagai teras budaya Malaysia.

Bagi orang Melayu terpancar kebimbangan mutakhir ini apabila melihat 1 Malaysia sedikit demi sedikit telah membuka ruang kepada bukan Melayu untuk memanupulasikan konsep ini.1 Malaysia sudah mula di jadikan landasan untuk mereka menuntut hak samarata bukan saja dalam hal pendidikan dan ekonomi malah dalam soal agama pun mereka sudah memulakannya.Ada yang sudah mula mahu menyamakan konsep ini dengan Malaysian Malaysia yang di gagaskan oleh DAP.

Maka terdapat sebahagian orang Melayu yang terkeliru di tambah dengan provokasi jahat akan benci kepada kepimpinan UMNO ,mereka menganggap kepimpinan UMNO hari ini sudah tidak lagi menjadi pejuang kepada bangsa Melayu.Saya bimbang seandainya golongan ini tidak sempat di sedarkan sehingga PRU 13.Saya sangat yakin kekuatan BN di semenanjung bergantung kuat kepada undi orang Melayu dan juga calun calun UMNO.

Ini dapat saya buktikan dengan sikap orang Cina yg sehingga hari ini masih belum lagi
dapat menerima BN kerana mereka masih mengganggap BN di dominasi oleh pemimpin pemimpin Melayu (UMNO).Apabila PM bertegas bahawa 1 Malaysia sesungguhnya sedikitpun tidak akan merubah amalan kepada Perlembagaan Negara maka orang Cina merasa kecewa
kerana tuntutan dan perjuangan mereka akan menjadi sia sia.

Anwar pula membawa satu konsep yang serupa denga perjuangan DAP(Malaysian Malaysia)
sekaligus memberi nafas baru kepada kaum cina untuk menuntut hak samarata.Maka itu PKR dan DAP sudah di lihat sebagai 2 badan satu hati.Hanya yang berbeza adalah maksud tersirat,DAP berjuang untuk kaum Cina di atas nama demokrasi,Anwar pula menghalalkan semua cara untuk kepentingan politik peribadinya juga atas nama demokrasi.

PAS pula telah membiarkan diri nya terperangkap di atas sifat bencinya terhadap UMNO.
Sedangkan semua tahu PR tak akan mampu membawa Islam di dalamnya.Ini adalah kerana kedudukan PAS dalam PR hanyalah sebagai penumpang,tidak seperti UMNO di dalam BN menjadi parti yg dominan.Walau apa pun tuduhan PAS,UMNO masih konsisten membuat kan ISLAM sebagai Agama Resmi bagi Negara kita.

Yang penting dalam penulisan saya ini adalah bagaimana DAP akan mencapai hasrat nya untuk menguasai Putra Jaya?.Kita fikir mustahil tapi jangan di ambil mudah.
Gerakan sedang di buat oleh DAP untuk menang 70 kerusi Parlimen.Teorinya mudah,orang cina akan kekal dengan trend mereka pada PRU 12 dahulu bermakna semua kawasan mejority kaum Cina akan di menangi oleh DAP atau Cina PKR.Kawasan Melayu 50% hingga 55% mungkin BN akan letak calun Cina MCA atau Gerakan,PR akan letak samaada DAP atau PKR (Cina).Maka DAP hanya memerlukan 15% saja pengundi Melayu untuk menang.Kalau melihat kejujuran penyokong PAS kepada DAP dan PR tidak mustahil penyokong PAS dan Melayu PKR mengundi calun DAP.

Kalaulah ianya benar berlaku dimana DAP dapat 70 kerusi,mungkin PAS boleh menang 25 kerusi dan PKR (Melayu,Cina ,India) 30 kerusi.apa akan jadi kepada kerajaan PR.Mungkin Anwar di lantik jadi PM tapi kuasa berada pada parti yg menang mejoriti (DAP)

Sekadar renungan sahaja...........