Sunday, February 28, 2010

Ceramah Umum oleh Datuk Hasnoor Sdg Husin Di Bahagian Batu pada 27hb Feb 10

Konsep 1 Malaysia di bimbangi oleh orang melayu kerana takut ianya akan menghakis sedikit demi sedikit hak hak orang melayu seperti termaktub dalam perlembagaan Negara.
Sebenarnya konsep 1 Malaysia sudahpun menjadi amalan sejak kita merdeka dahulu ketika semua kaum menerima draf perlembagaan Negara.Org Melayu terima semua kaum yg berada di dalam negara pada atau sebelum merdeka sebagai rakyat Malaysia,dan Kaum2 lain menerima Ketuanan Raja2 Melayu,Agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan Orang Melayu serta Bumiputra di beri hak hak keistimewaan.
Prinsip Penerimaan,Kenegaraan dan keadilan Sosial menjadi teras amalan pemerintahan dan ketaatan rakyat.Maka 1 Malaysia tetap berpaksikan Perlembagaan Negara.Org bukan Melayu juga harus menerima dan memahami bahawa konsep 1 Malaysia adalah sedemikian ada nya dan tak perlu membuat provokasi untuk merubahnya.

Asyabiah telah pun menjadi amalan sejak dahulu di mana UMNO akan perjuang untuk kepentingan orang Melayu,MCA akan berjuang untuk orang Cina dan MIC berjuang untuk kaum India.Semua ketidakpuasan hati dan semua tuntutan boleh di laungkan dalam perhimpunan Parti atau konvensyen/seminar bagi parti masing masing.Tetapi mereka tidak boleh bertindak mengikut apa yg di putuskan di peringkat Parti masing2,sebaliknya pemimpin2 yang mewakili setiap kaum akan membawa semua isu dan tuntutan dalam Parti induk BARISAN NASIONAL dan keputusan di buat mengikut kesesuaian dan penerimaan bersama.Barulah ianya di laksanakan.Rakyat akan menerima dengan taat dan berkorban perasaan terhadap apa apa tuntutan dan desakan yang tidak dapat di penuhi.Itulah formula yg menjadikan Negara berada dalam keadaan stabil,aman makmur dan kemajuan serta ekonomi negara dapat di tingkatkan.

Mereka yang menjadi Ahli serta penyokong PAS atas dasar parti itu membawa perjuangan Islam harus memikirkannya semula.Dahulu pernah Nik Aziz menyeru UMNO supaya kembali kepada Islam kerana katanya UMNO menolak HUDUD dan UMNO berkongsi dengan orang orang kafir mentadbir Negara serta mengamalkan sistem Sekular sudah menjerat diri sendiri.

PAS bukan saja bersekongkol dengan Parti chauvenis DAP yg menolak negara Islam dan PKR yg nak membawa insan bernama Anwar (semua tahu) menjadi PM bah kan PAS langsung tidak punyai kuasa dalam Pakatan tersebut kerna PAS merupakan parti yang terkecil selepas PKR dan DAP.Ianya sangat berbeza dengan UMNO yg menjadi parti yg dominan dalam BN.Maka PAS hanya mampu menyalak atau menjadi pak turut dalam Pakatan Rakyat.

UMNO mesti memperkukuhkan kedudukannya sebagai pembela Melayu dan kaum kaum lain dalam projek JUARA RAKYAT.Hanya kekuatan melalui kesatuan Melayu di bawah panji panji UMNO yang mampu membawa kaum kaum lain bersama BN serta menyokong konsep 1 Malaysia.

Thursday, February 4, 2010

Program kesedaran bersama pelajar IPTA/IPTS di Politeknik Kota Melaka.

program telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj Abdul Wahab Bin Abdul Latip iaitu Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.

Seramai 115 peserta telah menghadiri program ini.







Program bersama pelajar politeknik kota melaka

Program kesedaran bersama pelajar IPTA/IPTS di Politeknik Kota Melaka.
Posted by Datuk Hj Hasnoor bin Sdg Husin at 11:40 PM Sunday, January 31, 2010

program telah dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj Abdul Wahab Bin Abdul Latip iaitu Timbalan Pengerusi Jawatan Kuasa Negeri Pelajaran, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri Melaka.


Seramai 115 peserta telah menghadiri program ini.