Wednesday, June 7, 2017

GERAKAN ILLUMINATI

Saya nak ingat kan diri saya dan rakan taulan.... Agenda cetusan Iluminati yg mahu persiapkan dunia unt menanti ke ujudan DAJJAL sudah hampir menemui kejayaan.Keberanian puak ini hingga tidak lagi mahu berselindung.Mereka sudah menawan agama yg di bawa oleh nabi Isa as dengan merubah serta mentafsir semula mengikut kehendak mereka.Gerakan iluminati ini sedang di lakukan dgn menggunakan bermacam nama dan kumpulan serta budaya yg mengancam aqidah umat Islam..mereka mahu memesongkan aqidah umat Islam dan memang gerakan mereka adalah unt menjatuhkan Islam..Senjata yg paling berkesan ada lah melaga kan sesama umat Islam (perpecahan Melayu)..Modus operandi mereka mahu kan cuma sebahagian kecil saja (Minoriti ) orang Melayu bersama mereka unt di bantu agar menambah kekuatan kepada gulongan minoriti Melayu ini supaya mampu menggugat kekuatan kepimpinan Melayu yg ada... Kita kuatir sebahagian kita menjadi sesat sebelum tiba nya Dajjal kerana Imam Mahadi dan Isa al maseh hanya akan muncul selepas ujud nya Dajjal...

Tuesday, February 26, 2013

Pesanan buat dinda

Sudah tinggal sedikit waktu untuk dinda mahupun anak anak dinda membuat keputusan dalam menentukan satu lantai Yang bakal kita semua berdiri,duduk,berlari,berjalan,baring,sujud mahupun berinteraksi.Kita yang bina lantai iitu dengan tangan kita sendiri.Memang kita tak mampu membina nya sendiri kerana semasa tangan kaki kita terlepas dari ikatan penjajah kita terpaksa membina nya bersama dengan orang lain maka lantai itu juga di huni oleh mereka. Tak perlu di ungkit segalanya telah terpatri dalam simpul perlembagaan. Hari ini lantai kita bergoyang dan beralun,maski pun belum sampai kita terjatuh,kita tak sekata,walau terlalu banyak persamaan antara kita.Budaya kita sama ,taraf kita sama,mengharung hidup juga sama ,ibadah kita sama malah bahasa kita juga sama.Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula suami isteri,bila penghuni terlalu ramai berbagai penyakit datang melanda,hasad dengki,tamak haloba membuka tirai senketa antara kita.Kita ingat ini biasa,kita ingat tak ke mana sengketa ini,kita ingat mana kumpulan antara kita mendapat kuasa ,kuasa itu tetap milik kita kerana konon nya kita bangsa majoriti. Macam terlupa bahawa satu bangsa kedua yang duduk bersama kita ada kantong penuh harta,boleh beli segala mahu pun kuasa.Dengan segala kelebihan yang mereka miliki di tambah dengan perpecahan yg sedang melanda kita,kaduk naik junjung,bukan hanya kekuatan dan dominan kita mahu di runtuh malah agama kita turut terpalit di hina. Hanya tinggal sedikit waktu untuk kita alaminsatu situasi getir,dua kumpulan berisi Melayu sudah termakan tuba ,terhayal akan Putra Jaya sanggup menggadai segala .Yang beragama menjadi bacul,bangsa di hati sudah terkulai,tak peduli gerakan liberelisma,plurelisma,kristian evangelical,Zionist,LGBT dan semua akibat kejatuhan bangsa dan agama masih lagi PAS setia kepada sekutu mereka DAP. Tak pernah terdengar dan terlihat langsung peranan PAS untuk Islam dalam menifesto PR,jauh sekali Mahu guna terma terma Islam dalammsistem mereka.Belum berkuasa bermacam al kisah menyayat hati umat islam sudahndimsajikan...Ahmad Fuad pejuang PROJEKDIALOG mengangkat martabat Lesbian,gay,bioseksual dan transgender,plurelism dan liberelisma beragama sudah di biarkan oleh PAS demi undi gulungan kafir.Nama Fadia Nadwa Fikri peguam yg aktif dalam SUARAM(NGO PR) lantang menyuarakan hak asasi manusia dan berjuang untuk membebas kan walaupun orang Melayu memilih agama masing Mengenepikan ikatan perlembagaan. Andainya dinda dan anak anak dinda masih mahu meneruskan kehidupan yang tenang damai,mengisi ruang hidup dengan agama Allah,terjamin kalimah itu untuk umat Islam pastikan BN menang besar agar terbentuk kerajaan BN lebih 2/3 .BN untuk semua dulu kini dan selama nya.....

Wednesday, August 10, 2011

ULAMA PERLU BERFIKIR SEBELUM BERI PENDAPAT

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, terfikir saya bahawa ulama juga mempunyai jiwa besar untuk kepentingan diri mereka. Tiada seorang ulama yang tidak dapat membezakan isu 12 orang Islam di jemput ke gereja dengan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk Masjid. Yang sama dalam kedua-dua ini hanyalah orang Islam yang menerima sumbangan dan orang islam yang mendengar ceramah sama ada di Gereja atau di Masjid. Dr. Asri kena faham orang yang memberi ceramahlah yang mempengaruhi orang yang mendengar ceramah. Di Gereja Damansara Utama agendanya adalah untuk mengkristiankan umat Islam bersalahan dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Di Masjid Kajang, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching datang untuk memberi sumbangan kepada orang Melayu dan mencemarkan Islam dengan diberi ruang tempat imam sembahyang dan berceramah. Dr. Asri sudah sucikan haid Teo Nie Ching ke? Apa unsur-unsur serta elemen yang boleh Dr. Asri jelaskan bahawa kehadiran YB DAP itu masuk Masjid boleh membawa kebaikan kepada Islam??

Ulama sepatutnya memberi pandangan yang rasional, ikhlas serta memikirkan implikasi terhadap Islam dan juga orang Melayu. Kenyataan Dr. Asri seolah-olah mempertikaikan tugas JAIS dan membenarkan umat Islam dipengaruhi dan diseru memasuki agama Kristian, juga bersetuju orang kafir masuk dalam Masjid ditempat imam sembahyang dan memberi ceramah politik serta menceritakan kebaikan orang kafir sebagai Pemimpin.

Harapan umat Islam terlalu tinggi terhadap ulama agar golongan ini benar-benar dapat mempertahankan serta memperjuangkan kesucian Islam.

Tuesday, January 4, 2011

MEMPERKASAKAN EKONOMI ORANG MELAYU DALAM MEREALISASIKAN WAWASAN 2020


1. Dasar Ekonomi Baru (DEB) telah mengubah kedudukan orang Melayu dengan amat ketara sekali sekitar tahun 70-an sehingga 90-an. Tidak dinafikan bahawa daripada segi pemilikan kekayaan, khasnya dalam sektor korporat, masyarakat Bumiputera mampu mencapai peningkatan yang agak membanggakan, iaitu daripada tahap 2 peratus pada tahun 1970 kepada 20 peratus pada tahun 1990.

2. Dan dalam tempoh 53 tahun DEB telah memberi impak yang besar kepada peningkatan sosio-ekonomi orang Melayu. Begitu juga dengan kehidupan masyarakat Bumiputera dan Bukan Bumiputera adalah lebih baik dan selesa berbanding sebelumnya. Namun, hakikatnya selama 53 tahun juga, pelaksanaan dasar ini tidak begitu banyak melahirkan ramai golongan Melayu yang benar-benar berjaya dalam bidang perniagaan, sekaligus pegangan DEB yang dikatakan berkait rapat dengan jiwa Melayu tidak dapat memenuhi hasrat pemimpin amnya.

3. Di Melaka, pada tahun 2008, pencapaian kaum Melayu dalam beberapa sektor perniagaan melepasi sasaran 30 peratus iaitu sektor peruncitan (41.8) peratus dan sektor restoran (45.3) peratus. Bilangan penyertaan kaum Melayu terus meningkat dari setahun ke setahun dalam kedua-dua sektor ini dengan pencapaian sehingga bulan Oktober 2010 iaitu (45.2) peratus bagi sektor peruncitan dan (50.0) peratus bagi sektor restoran. Dari segi jumlah penyertaan, memang benar bahawa peratusan bilangan pengusaha Melayu hampir menyaingi kaum Bukan Bumiputera dalam dua sektor tersebut. Ini merupakan satu kemajuan yang boleh dibanggakan dari segi penguasaan dan minat orang Melayu untuk menceburi bidang perniagaan. Tapi kita seharusnya maklum bahawa Bumiputera merupakan komposisi terbesar di negara ini dan sekiranya pencapaian 30 peratus yang disandarkan tidak lagi relevan maka pencapaian perlu ditingkatkan kepada 67 peratus bagi memastikan penguasaan terhadap dua sektor ini dimiliki dan dikuasai oleh kaum Bumiputera pada tahun akan datang.

4. Bagi sektor yang lain seperti pembuatan dan sektor perkhidmatan, komuniti, sosial dan persendirian lain, pencapaian penyertaan kaum Bumiputera masih kurang memuaskan. Sehingga Oktober 2010, hanya (19.5) peratus yang terlibat dalam sektor pembuatan manakala (20.9) peratus pula dalam sektor perkhidmatan komuniti, sosial dan persendirian lain. Oleh itu, penguasaan dalam kedua-dua bidang perniagaan ini perlu diberi perhatian lebih dan tenaga kaum Melayu perlu dikerah bagi menyaingi kedudukan kaum Bukan Bumiputera.

5. Persoalannya, mengapakah sektor pembuatan dan perkhidmatan tersebut masih tidak mendapat perhatian di kalangan peniaga Melayu? Adakah orang Melayu tidak mampu untuk menceburi bidang-bidang ini?

6. Jika kita tinjau dan perhatikan keadaan sekeliling, kita dapati rata-rata yang menjadi pilihan peniaga adalah membuka perniagaan kedai runcit , kedai makan ataupun mini market. Kebanyakan daripada peniaga Melayu mengatakan bahawa membuka kedai makan, contohnya boleh menarik perhatian ramai pelanggan untuk membeli dan makan setiap hari. Apabila cara pemikiran sebegini yang diterapkan dalam diri orang-orang Melayu, maka tidak hairanlah begitu ramai yang membuka perniagaan kedai makan, malahan tempat perniagaan juga berhampiran antara satu sama lain. Secara tidak langsung, persaingan berlaku antara peniaga-peniaga Melayu ini.

7. Kita tidak perlu tertumpu hanya pada sektor-sektor ini sebaliknya harus memberi peluang kepada syarikat-syarikat yang telah wujud dengan jayanya bagi mengembangkan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa. Kita harus mengambil sedikit iktibar daripada cara kaum Bukan Bumiputera berniaga. Mereka lebih berminat menyertai bidang yang agak mencabar di mana persaingan adalah kurang daripada mana-mana individu. Sebab itu, jika kita lihat dari segi pemilikan ekuiti dalam sektor korporat , kaum Bukan Bumiputera mencatatkan kadar peratusan tinggi berbanding Bumiputera. Bukan itu sahaja, kebanyakan peniaga Bukan Bumiputera yang berniaga dalam bidang-bidang kritikal ini mampu meraih pendapatan dan pulangan yang begitu lumayan.

8. Kita perlu terima hakikat bahawa kaum Melayu masih lagi tercicir dalam bidang perniagaan berdasarkan kepada peratusan yang diberi. Walaupun peratusan dalam bidang-bidang tertentu menunjukkan sedikit peningkatan dan hampir-hampir menyamai kaum Bukan Bumiputera, namun ini semua hanyalah berlandaskan kepada kuantiti penyertaan tetapi dari segi kualiti pemilikan masih jauh ketinggalan.

9. Bilangan penyertaan Bumiputera yang menyertai sektor perniagaan boleh dikatakan bertambah pada setiap tahun tetapi hanya 7.2 peratus daripada premis perniagaan dikuasai oleh Bumiputera. Sekiranya pemilikan adalah rendah, ini secara tidak langsung boleh menggugat penyertaan yang berpanjangan. Namun demikian, jika pemilikan yang banyak tetapi penguasaan terhadap kuasa pasaran adalah rendah juga tidak akan menampakkan keberhasilan dalam perniagaan. Sebab itu, penyertaan, pemilikan dan penguasaan haruslah seiring, maka dengan itu sasaran bagi memenuhi agenda ekonomi Melayu akan tercapai.


10. Kita tidak lari daripada hakikat mengatakan bahawa kaum Bukan Bumiputera merupakan rakan kongsi Bumiputera yang paling baik dalam perniagaan. Persoalannya, adakah kaum Bukan Bumiputera komited dan berusaha untuk menjadikan sasaran 30 peratus kepada Bumiputera itu terlaksana?. Saya berpendapat salah satu daripada kegagalan dasar ekonomi baru adalah kerana kaum Bukan Bumiputera tidak membantu ke arah pencapaian tersebut tetapi hakikatnya kenikmatan dirasai dan digunakan dengan bijak oleh mereka. Malahan yang berlaku sehingga ke hari ini kaum Bukan Bumiputera bukan sahaja tidak membantu sebaliknya mereka mempertikaikan dasar tersebut. Jelas di sini bahawa mereka lebih suka melihat kaum Bumiputera tidak menerima risiko perdagangan dan tidak aktif dalam pengurusan. Dengan ini, selama-lamanya kaum Bumiputera akan jahil dalam dunia perniagaan dan terus bergantung pada mereka.

11. Sebenarnya, kaum Bumiputera sentiasa menyokong perniagaan peniaga Bumiputera itu sendiri tetapi jika perniagaan mereka tidak memenuhi keperluan maka mereka tidak mempunyai pilihan melainkan membeli di tempat yang dapat memenuhi permintaan mereka.

12. Justeru, kaum Bumiputera perlu bijak dalam menguruskan perniagaan agar kualiti dan perkhidmatan yang diberikan membolehkan ke semua lapisan dan kaum memberi sokongan kepada perniagaan mereka . Persaingan harga juga memainkan peranan dalam memastikan pelanggan tidak lari kepada pesaing yang lain.


13.Kita juga perlu menyokong usaha pemimpin kita dalam memantapkan lagi maruah, kesejahteraan dan kemakmuran negara melalui daya usaha memastikan peluang dan ruang bagi kaum Bumiputera menyertai pelaksanaan Model Baru Ekonomi (MBE) tidak tercicir, termasuk 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA). Namun demikian sebarang model dan rancangan yang ingin dilaksanakan perlu mengambil kira kepentingan orang Melayu

14 “Sudah sampai masanya apa pun dasar yang nak digubal dan nak dilaksanakan, mestilah menjadikan perkara 153 dan DEB sebagai sumber induk. Rakyat pula perlu diberi pemahaman yang jelas mengenai konsep atau dasar yang ingin dilaksanakan”.


15. Maka bagi mengejar dan mengagihkan kek ekonomi perlu ada persaingan
yang seiring supaya ia dapat diintegrasikan dengan menyandarkan keadilan sosial dan pengagihan kekayaan negara kepada komposisi kaum, iaitu Bumiputera 67 peratus dan kaum Bukan Bumiputera 33 peratus. Meneruskan dasar afirmatif dan distributif yang adil bukan ditentukan oleh perasaan tetapi ia turut bersandarkan kepada keperluan.

16. Yang kedua, kerajaan haruslah mengutamakan pelaburan langsung domestik (DDI), berbanding pelaburan langsung asing (FDI) dengan memberikan insentif kepada pelabur domestik, agar melabur di dalam negara sendiri kerana ia bukan sahaja dapat membantu perkembangan ekonomi negara, sebaliknya dapat dikawal dari sudut penglibatan Bumiputera.

17. Yang ketiga, apa juga pelaksanaan yang dilakukan oleh syarikat GLC, haruslah mengambil tanggungjawab kerajaan dengan mewujudkan peruntukan khas seperti biasiswa terhadap pelajar-pelajar Bumiputera. Kerajaan mestilah menjadikan agenda Melayu sebagai salah satu KPI terhadap syarikat-syarikat GLC.

18. Akhir sekali, kita selalu fikir bahawa orang Melayu masih memerlukan tongkat. Tetapi, Melayu pada hari ini sudah jauh berbeza kerana pada hari ini kita dapat lihat ada juga Melayu yang sudah jadi jutawan dan berjaya di dalam mahupun di luar negara. Seharusnya Melayu ini diasingkan dalam satu kelompok yang lain tapi yang lebih perlu kita bantu adalah Melayu yang sukar untuk menggerakkan perniagaan mereka. Ini kerana mereka mengatakan bahawa pinjaman tidak mudah diberikan oleh pihak bank. Oleh itu , sewajarnya pegawai-pegawai bertanggungjawab harus merubah sikap daripada bagaimana mahu menolak sesuatu pinjaman kepada bagaimana mahu meluluskan pinjaman.

19. Sehubungan dengan itu, sudah sampai masanya bahawa kita harus meneliti pelaksanaan yang dibuat secara berkesan tanpa kompromi dengan membentuk satu sistem ekonomi bersandarkan kepada keadilan sosial dan komposisi kaum dengan mengambil kira kepentingan orang Melayu.


OLEH :
PENGARAH
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI DAN SOSIAL BUMIPUTERA (MTESB)
DATUK HJ HASNOOR BIN SDG HUSIN

Thursday, November 25, 2010

MEMBAHAS USUL EKONOMI PERHIMPUNAN AGONG UMNO

OLEH

DATUK HJ HASNOOR SDG HUSIN

(WAKIL MELAKA)

KITA BERSYUKUR KEPADA ALLAH S.W.T. KERANA DENGAN LIMPAH DAN IZINNYA, UMNO MASIH DIBERI PELUANG UNTUK MENERAJUI NEGARA DI BAWAH KERAJAAN BARISAN NASIONAL WALAUPUN KITA DIUJI DENGAN KEADAAN YANG KITA TIDAK SEKUAT MANA. SATU KEADAAN DI MANA UMNO DITINGGALKAN OLEH BUKAN SAHAJA MUSUH BARISAN NASIONAL MALAH KITA JUGA DITINGGALKAN OLEH KAWAN TAULAN DI DALAM BARISAN NASIONAL. PENOLAKAN ORANG BUKAN MELAYU TERHADAP BARISAN NASIONAL MEMBUATKAN UMNO TERUMBANG-AMBING BERSENDIRIAN MENCARI ARAH. WALAU BAGAIMANAPUN, DENGAN HADIRNYA SEORANG PEMIMPIN YANG TELAH DIBEKALKAN DENGAN PENGALAMAN YANG BEGITU LAMA DAN TELAH MERASAI PELBAGAI KEADAAN POLITIK TANAH AIR, MAKA SETELAH SETAHUN BELIAU MENERAJUI KEPIMPINAN NEGARA TELAH PUN NAMPAK SATU ARUS PERUBAHAN YANG SEAKAN-AKAN TERLIHAT SATU PANCARAN CAHAYA YANG GEMILANG BAGI MENENTUKAN UMNO TERUS DOMINAN BUKAN SAHAJA DI DALAM BARISAN NASIONAL TETAPI SEBAGAI SATU PARTI YANG TETAP KEKAL MEMPERJUANGKAN UNTUNG NASIB ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA. PEMIMPIN ITU TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN ADALAH YAB DATUK SERI MOHD NAJIB TUN RAZAK, PRESIDEN UMNO MALAYSIA. TIDAK ADA TEMPAT LAGI UNTUK ORANG MELAYU BERGANTUNG HARAP KALAU TIDAK KEPADA YAB DATUK SERI SEPERTI SERANGKAP PANTUN ;

ARAK-ARAK KELAPA PUAN,

TIDAK PUAN KELAPA BALI,

MEMANG DIHARAP KEPADA TUAN,

TIDAK TUAN SIAPA LAGI.

MEWAKILI KERAJAAN DAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI MELAKA, SAYA INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN UNTUK MELAHIRKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA YAB DATUK SERI PRESIDEN, SELAKU PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG TELAH PUN MELANCARKAN SATU PERISTIWA GILANG GEMILANG TERHADAP PENGISTIHARAN MELAKA SEBAGAI NEGERI MAJU PADA JAM 20:10 MALAM BERTARIKH 20 HB 10 TAHUN 2010. INILAH HASIL SATU DEKAD KEPIMPINAN YAB DATUK SERI HJ MOHD ALI RUSTAM SEBAGAI KETUA MENTERI YANG SANGAT KOMITED MEMBANGUNKAN NEGERI MELAKA.

KAPAL DAGANG DARI SEBERANG

SARAT MUATAN KAYU MERANTI

MELAKA MAJU BUKAN TEMBERANG

TAK PERCAYA LIHATLAH SENDIRI

SEMEMANGNYA, KITA MENGAKUI DAN MENGHARGAI, TIMBUNAN JASA DAN KECEMERLANGAN PRESTASI KERAJAAN BN YANG BERTUNJANGKAN UMNO DALAM MENGEMUDI MALAYSIA YANG TERCINTA INI, DI MANA, KEAMANAN DAN KESELAMATAN TERUS KEKAL, EKONOMI BERKEMBANG PESAT, NEGARA TELAH BERTAMBAH MAJU DAN KUALITI HIDUP RAKYAT BERRBILANG KAUM TELAH MENINGKAT, KHUSUSNYA DI BAWAH NAUNGAN DASAR EKONOMI BARU. SECARA KHUSUS KERAJAAN TELAH BERJAYA MENGHASILKAN OUTPUT-MIXED SEPERTI BERIKUT:

1- PERTUMBUHAN EKONOMI YANG PESAT, PURATA 6.3% SETAHUN

2- PENDAPATAN ISI RUMAH SEMUA KAUM MENINGKAT, 68% HINGGA KE 97%.

3- KADAR KEMISKINAN SEMUA KAUM MENURUN DENGAN KETARA DARI 49.2% KEPADA 3.8%

4- JURANG PENDAPATAN BERTAMBAH RAPAT, IAITU MENGECIL SEHINGGA 14.4%

5- KADAR PENGANGGURAN YANG RENDAH DI BAWAH 4% DAN

6- KENAIKAN INFLASI YANG TERKAWAL, PURATA BAWAH 4%

JUSTERU ITU KITA MENOKONG PENUH PRAKARSA PRESIDEN UMNO MERANGKAP PERDANA MENTERI MALAYSIA UNTUK MEMANTAPKAN LAGI, MARUAH, KESEJAHTERAAN DAN KEMAKMURAN NEGARA MELALUI DAYA USAHA SEPERTI BERIKUT:

1- MENYATUPADUKAN RAKYAT DI BAWAH SATU PAYUNG DENGAN KONSEP 1 MALAYSIA

2- MENGANGKAT MARTABAT PERTIWI KE TAHAP NEGARA MAJU YANG BERPENDAPATAN TINGGI, MELALUI PELAN TRANSFORMASI EKONOMI DAN MODEL BARU EKONOMI

3- MENINGKATKAN PERKHIDMATAN KERAJAAN BAGI KESEJAHTERAAN RAKYAT, MELALUI PELAN TRANSFORMASI KERAJAAN DAN MELAKSANAKAN SEMUA YANG DIRANCANG MELALUI RMK-10, 12 NASIONAL KEY ECONOMIC AREA (NKEA) DAN RMK-11 YANG TELAH PUN DI UMUKAN.

NAMUN DEMIKIAN, DI DALAM ERA GLOBALISASI YANG TANPA SEMPADAN INI, KEMAMPANAN, MERITOKRASI, LIBERALISASI SERTA PERSAINGAN, TELAH MENJADI SATU KEWAJIPAN, DEMI SURVIVAL GENERASI HARI INI DAN MASA HADAPAN, MAKA KAMI MENYOKONG TAHAP KUALITI HIDUP RAKYAT YANG DISASARKAN OLEH MODEL BARU EKONOMI (MBE), NAMUN KAMI JUGA MENDAPATI BAHAWA MODEL BARU EKONOMI (MBE) DAN NKEA ITU MEMPUNYAI KELEMAHAN-KELEMAHAN YANG PASTINYA AKAN MERUGIKAN BANGSA MELAYU, KERANA;

1- TIDAK ADA AGENDA YANG MEMANTAPKAN EKONOMI BANGSA MELAYU SECARA TUNTAS DAN BERKESAN, JUSTERU MENGINGKARI ARAHAN YAB DATUK SERI PERDANA MENTERI SENDIRI YANG MAHUKAN OBJEKTIF DEB DIKEKALKAN TETAPI KAEDAH PERLAKSANAANNYA DI TRANFORMASIKAN.

2- IANYA JUGA TIDAK MENGAMBIL KIRA KEADILAN SOSIAL DAN KEHARMONIAN KAUM YANG MEMBAWA KEPADA JURANG SOSIO EKONOMI YANG AKAN LEBIH MELEBAR.

3- DENGAN MENYEMBUNYIKAN BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA DI BAWAH GOLONGAN 40% YANG BERPENDAPATAN RENDAH, MAKA GOLONGAN BUMIPUTERA LAIN, YANG JUGA WAJAR DIBANTU TIDAK DIJELASKAN. SEAKAN-AKAN MEMPERLIHATKAN PERKARA 153 TIDAK MAHU DIJADIKAN TERAS PERJUANGAN DAN SEKALIGUS MAHU DIKETEPIKAN.

4- KITA KHUATIR KALAU-KALAU MENJADI SENJATA MAKAN TUAN KERANA FAKTA-FAKTA YANG TIDAK SEIMBANG DAN LEBIH BANYAK MEMBURUKKAN KERAJAAN, YANG MANA UMNO MENJADI TULANG BELAKANGNYA, DENGAN MELONGGOKKAN SEMUA KELEMAHAN DAN KESALAHAN KE ATAS DASAR EKONOMI BARU (DEB).

5- DENGAN MEMPROMOSIKAN KONSEP PASARAN BEBAS DAN GAGAL MENERIMA HAKIKAT BAHAWA PASARAN TIDAK SEMESTINYA SENTIASA SEMPURNA (PERFECT MARKET), KITA KHUATIR IANYA LEBIH MENGUNTUNGKAN MEREKA YANG KUAT (BUKAN MELAYU) DAN MERUGIKAN MEREKA YANG LEMAH (BANGSA MELAYU). LIBERALISASI TERHADAP SEMUA SEKTOR TANPA MENGIRA KEPENTINGAN MELAYU JUGA AKAN MENJADIKAN USAHAWAN MELAYU SEMAKIN LAMA SEMAKIN TERPINGGIR.

6- USAHA MENGURANGKAN PERANAN KERAJAAN DENGAN MENGUTAMAKAN PERANAN SWASTA JUGA AKAN MERUGIKAN BANGSA MELAYU.

7- TERLIHAT DI DALAM MODEL EKONOMI BARU (MBE), TERLALU MEMBERI PENEKANAN TERHADAP PERTUMBUHAN TETAPI MENGABAIKAN DI DALAM ASPEK PENGAGIHAN, LEBIH-LEBIH LAGI AGIHAN TERHADAP BANGSA MELAYU.

SAYA BERPENDAPAT, DALAM KEADAAN DISPARITI ATAU PERBEZAAN YANG KETARA DARI SUDUT KEDUDUKAN DAN KEMAMPUAN EKONOMI, SERTA TAHAP HIDUP DI KALANGAN RAKYAT, DI MANA BANGSA MELAYU TERUS BERADA DI BELAKANG KAUM BUKAN MELAYU, MAKA DALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO YANG KERAMAT INI, APAPUN MODEL YANG HENDAK DILAKSANAKAN, APAPUN PERANCANGAN YANG HENDAK DIWUJUDKAN, IANYA MESTILAH MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN BANGSA MELAYU, KERANA, KALAULAH UMNO TIDAK LAGI MEMPERJUANGKAN UNTUNG NASIB BANGSA MELAYU, APALAH ERTINYA KITA MASIH DI SINI.. DALAM KITA MENGEJAR KEMAJUAN UNTUK NEGARA, JANGANKAN SAMPAI BANGSA MELAYU MENJADI PENGEMIS DI TANAH AIR SENDIRI, MEMBIARKAN DAGING DINIKMATI OLEH ORANG LAIN SEDANGKAN BANGSA MELAYU HANYA MENDAPAT TULANG-TULANG UNTUK DI MAKAN. JANGANLAH JADI UMPAMA ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN, AYAM DIKEPUK MATI KELAPARAN. JIKA KITA TERLEKA, PROSES MEMAJUKAN NEGARA INI AKAN MENJADI SATU SENJATA BARU UNTUK MENJAJAH BANGSA MELAYU SENDIRI.

SAYA TERBACA KATA-KATA SEORANG PENULIS YANG BERBANGSA CINA, DAN NAMANYA AMY CHUA DI DALAM SEBUAH BUKU YANG BERTAJUK WORLD ON FIRE. KATA BELIAU DENGAN IZIN “FREE MARKET DEMOCRACY BREEDS ETHNIC HATRED AND GLOBAL INSTABILITY …” YANG MEMBAWA MAKNA PASARAN YANG TERLALU BEBAS AKAN MENIMBULKAN PERASAAN BENCI SESUATU KAUM TERHADAP KAUM YANG MEMONOPOLI SEGALA KEKAYAAN YANG ADA. IA JUGA AKAN MENIMBULKAN KEADAAN YANG TIDAK STABIL. SEBAGAI BUKTI, APABILA TERDAPAT JURANG EKONOMI YANG TERLALU JAUH DI ANTARA KAUM MELAYU DAN KAUM CINA PADA TAHUN 1969, DITAMBAH DENGAN KEGHAIRAHAN KAUM CINA YANG MENGUASAI KUASA POLITIK, DI BEBERAPA BUAH BANDAR DAN NEGERI, MAKA WUJUDLAH PERASAAN EGO DAN MENUNJUK-NUNJUK SEHINGGA MEREKA MAHU MENGUSIR ORANG MELAYU KELUAR DARI BANDAR KUALA LUMPUR, MAKA TERCETUSLAH PERISTIWA 13 MEI.

SATU PERSOALAN YANG SEHINGGA SEKARANG BELUM TERJAWAB DENGAN JELAS. APABILA DRAF PERLEMBAGAAN DIBUAT SEMASA KITA HENDAK MENUNTUT KEMERDEKAAN, TERDAPAT TIGA KAUM YANG SAMA-SAMA MEMBENTUK DRAF PERLEMBAGAAN TERSEBUT, ORANG MELAYU DIKETUAI OLEH TENGKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ, KAUM CINA DIKETUAI OLEH TUN TAN CHENG LOCK DAN KAUM INDIA DIKETUAI OLEH TUN V.T.SAMBANTHAN, MEREKA SAMA-SAMA BERSETUJU TERHADAP APA-APA YANG TELAH DIPUTUSKAN DALAM PERLEMBAGAAN TERSEBUT. DI DALAMNYA TERKANDUNG PERKARA 153, YANG MEMBERI KEISTIMEWAAN KEPADA BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA SEBAGAI PENDUDUK ASAL NEGARA INI. INI BERMAKNA KAUM CINA DAN KAUM INDIA SEDAR BAHAWA DAHULUNYA MEREKA BERASAL DARIPADA NEGARA MASING-MASING,(SEKARANG INI MEREKA TIDAK BOLEH DIPANGGIL PENDATANG, NANTI MEREKA MARAH) KEMUDIAN DI BAWAH PERKARA 14 PERLEMBAGAAN, MEREKA DIIKTIRAF SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA, SEBAGAI BALASAN KEPADA PERSETUJUAN MEREKA MEMBERI HAK KEISTIMEWAAN KEPADA BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA. TETAPI APABILA KITA ALPA ATAU KITA LEKA DENGAN MEMBIARKAN EKONOMI NEGARA BERGERAK TANPA KAWALAN, MAKA BERLAKULAH PEMONOPOLIAN BANGSA CINA TERHADAP EKONOMI NEGARA.

MENYEDARI AKAN KEBURUKAN KEADAAN NEGARA SELEPAS PERISTIWA 13 MEI 1969, ALLAHYARHAM TUN ABDUL RAZAK (AYAHANDA KEPADA DATUK SERI MOHD NAJIB ( PERDANA MENTERI MALAYSIA)) DENGAN BERANI MENGGUNAPAKAI PERKARA 153, MEMBENTUK DASAR EKONOMI BARU YANG SEKALIGUS MELETAKKAN SASARAN 30% EKUITI KEPADA BANGSA MELAYU DAN BUMIPUTERA. SUDAH PASTI IANYA, DILULUSKAN OLEH PARLIMEN, SEHINGGA IANYA MENJADI SATU DASAR NEGARA. PERSOALANNYA, APAKAH ORANG BUKAN MELAYU BENAR-BENAR KOMITED DAN BERUSAHA UNTUK MENJADIKAN SASARAN 30% KEPADA BUMIPUTERA ITU TERLAKSANA, SAYA BERPENDAPAT SALAH SATU DARIPADA KEGAGALAN DASAR EKONOMI BARU TERSEBUT ADALAH KERANA ORANG-ORANG BUKAN MELAYU TIDAK MEMBANTU KE ARAH PENCAPAIAN TERSEBUT. MALAHAN YANG BERLAKU SEHINGGA HARI INI ORANG BUKAN MELAYU, BUKAN SAHAJA TIDAK MEMBANTU, SEBALIKNYA MEREKA MEMPERTIKAIKAN DASAR TERSEBUT. SESUNGGUHNYA ORANG BUKAN MELAYU TIDAK IKHLAS SEBAGAI SAHABAT DI DALAM PERIKATAN DAN BARISAN NASIONAL.

MAKA SUDAH SAMPAI MASA DAN KETIKANYA AYAHANDA YANG MEMBUAT, ANAKANDA YANG MENJAYAKANNYA. DATUK SERI PRESIDEN, APAPUN DASAR YANG NAK DIGUBAL DAN NAK DILAKSANAKAN, MESTILAH MENJADIKAN PERKARA 153 DAN DEB SEBAGAI SUMBER INDUK.

MENGEJAR DAN MENGAGIHKAN KEK EKONOMI HENDAKLAH SEPERTI PERMAINAN GOLF, IAITU PERSAINGAN YANG SEIRING SERTA ADANYA HANDICAP. ORANG YANG HANDICAPNYA 12, MEMBERI 6 STROK KEPADA ORANG YANG HANDICAPNYA 18, BARULAH ADIL NAMANYA, BUKANLAH SEPERTI PERMAINAN RAGBI YANG SEMUANYA DALAM KEADAAN GANAS. KITA MESTILAH MEMBENTUK SEMULA EKO-SISTEM EKONOMI YANG BERSAINGAN SEKARANG INI, AGAR IANYA DAPAT DIINTEGRASIKAN DENGAN MENYANDARKAN KEADILAN SOSIAL DAN PENGAGIHAN KEKAYAAN NEGARA KEPADA KOMPOSISI KAUM, IAITU BUMIPUTERA 67% DAN BUKAN BUMIPUTERA 33%. MENERUSKAN DASAR AFIRMATIF DAN DISTRIBUTIF YANG ADIL BUKAN DITENTUKAN OLEH PERASAAN TETAPI IA TURUT BERSANDARKAN KEPADA KEPERLUAN. KERAJAAN MESTI MENERUSKAN PERANAN INTERVENSI KERAJAAN SECARA STRATEGIK, DENGAN MEMBETULKAN KEADAAN PASARAN YANG TIDAK SEMPURNA (MARKET IMPERFECTION), MEWUJUDKAN PADANG PERMAINAN YANG RATA DAN MEROBOHKAN MONOPOLI DAN KARTEL. SEKTOR SWASTA, JUGA MESTI DIPASTIKAN MENJADI PEMACU EKONOMI YANG AKAN MEMBERIKAN AKU JANJI UNTUK MENGHAPUSKAN DISKRIMINASI TERHADAP BUMIPUTERA, MENYUSUN SEMULA SEKTOR GUNA TENAGA DAN KEKAYAAN SERTA MEWUJUDKAN PADANG PERMAINAN YANG RATA.

SAYA JUGA MENCADANGKAN, KERAJAAN MENGUTAMAKAN PELABURAN LANGSUNG DOMESTIK (DDI), BERBANDING PELABURAN LANGSUNG ASING (FDI) DENGAN MEMBERIKAN INSENTIF KEPADA PELABUR DOMESTIK, AGAR MELABUR DI DALAM NEGARA SENDIRI KERANA IA BUKAN SAHAJA DAPAT MEMBANTU PERKEMBANGAN EKONOMI NEGARA, SEBALIKNYA DAPAT DIKAWAL DARI SUDUT PENGLIBATAN BUMIPUTERA.

SAYA DENGAR DESAS DESUS CEO-CEO GLC MENYUARAKAN AGAR MEREKA TIDAK DIGANGGU OLEH KERAJAAN, KONONNYA AKAN MENYEKAT PERANCANGAN PERNIAGAAN MEREKA. WAH! MACAM KADUK DAH NAIK JUNJUNG. SEDAR TAK MEREKA BAHAWA MEREKA BERADA DI SITU ADALAH ATAS LANTIKAN KERAJAAN. SEPATUTNYA ORANG-ORANG SEPERTI ITU SUDAH LAMA DIUSIR DARIPADA KEDUDUKAN MEREKA, DAN DIGANTI DENGAN ORANG-ORANG UMNO YANG TIDAK KURANG HEBATNYTA. BARULAH APAPUN PERLAKSANAAN YANG AKAN DIBUAT OLEH SYARIKAT GLC INI AKAN MENGAMBIL KIRA KEPENTINGAN ORANG MELAYU. BENARKAH APA YANG SAYA DENGAR, SYARIKAT TELEKOM MALAYSIA TELAH MELANTIK 3 ORANG MAT SALEH YANG GAJINYA RM150,000 SEBULAN? APAKAH MEREKA INI BENAR-BENAR MEMPUNYAI KELAYAKAN DAN KEMAHIRAN YANG LUAR BIASA, TIDAK ADAKAH PROFESSIONAL-PROFESSIONAL MELAYU YANG BOLEH, MENGISI TEMPAT MEREKA. ITU . SAYA JUGA BERPENDAPAT GLC HARUSLAH MENGAMBIL TANGGUNGJAWAB KERAJAAN DENGAN MEWUJUDKAN PERUNTUKKAN KHAS, SEPERTI BIASISWA TERHADAP PELAJAR-PELAJAR BUMIPUTERA. KERAJAAN MESTILAH MENJADIKAN AGENDA MELAYU SEBAGAI SALAH SATU KPI TERHADAP SYARIKAT-SYARIKAT GLC.

DAN AKHIRNYA, SAYA MENDAPAT RUNGUTAN DARIPADA ORANG KAMPUNG YANG MENGATAKAN BAHAWA MEREKA SUKAR MENDAPAT PINJAMAN DARIPADA PIHAK BANK WALAUPUN BANK TERSEBUT MILIK KERAJAAN. SEPERTI SME BANK, BANK RAKYAT, MARA, TEKUN, AGRO BANK DAN BANYAK LAGI. MAKA, KERAJAAN MESTILAH MENUKAR KAEDAH PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB DARIPADA BAGAIMANA MAHU MENOLAK SESUATU PINJAMAN KEPADA BAGAIMANA MAHU MELULUSKAN SESUATU PINJAMAN. KALAU MAHU MENOLAK SANGAT MUDAH, PENJAMIN TIDAK CUKUP SYARAT, TIDAK ADA KOLETRAL, CRIS,CTOS DAN MENCARI APA JUGA KELEMAHAN YANG ADA PADA INDIVIDU YANG MEMOHON. ITU MAKNANYA BAGAIMANA MAHU MENOLAK TETAPI KENAPA TIDAK, SEMUA PEGAWAI-PEGAWAI YANG BERTANGGUNGJAWAB MENCARI JALAN BAGAIMANA SESUATU PINJAMAN ITU MESTI DILULUSKAN. HENDAK SERIBU DAYA TAK NAK SERIBU DALIH.

MAKA DENGAN INI SAYA MEWAKILI BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI MELAKA MENYOKONG USUL YANG DIBAWA OLEH DATO’ SERI AWANG ADIK, PENGERUSI BIRO UMNO MALAYSIA.

Monday, November 8, 2010

“MENDAYA BANGSA MENERAJU KEMAKMURAN”

UCAPAN YAB. DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN ABDUL RAZAK SELAKU PRESIDEN UMNO SEMPENA PERHIMPUNAN AGUNG UMNO KALI KE-61, 2010 DI DEWAN MERDEKA PWTC



Bismillahirrahmanirrahim
Rabbi ish-rah-li sadri wa-yassir-li amri wahlul uq-datan min-lisani yaf-qohu qauli.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Yang Berbahagia Pengerusi Tetap,

Yang Berbahagia Timbalan Pengerusi Tetap,

Yang Amat Berhormat Timbalan Presiden & Puan Sri Norainee Abdul Rahman,

YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad & Tun Dr. Siti Hasmah Ali,

YABhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi & Tun Jeanne Abdullah,

Naib Presiden-Naib Presiden,

Ketua-Ketua Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi,

Ketua-Ketua Komponen Parti BARISAN NASIONAL,

Dif-dif Kehormat, Para Tetamu dan Para Jemputan,

Para Perwakilan dan Pemerhati,
MUKADDIMAH

Meng-awali ucapan, marilah kita bersama-sama merenung dua firman Allah SWT.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 143,berbunyi:

“Dan demikian pula kami telah menjadikan kamu umat Islam ‘umat pertengahan’ agar kamu menjadi saksi atas perbuatan manusia dan agar Rasul yakni Muhammad menjadi saksi atas perbuatan kamu”.

Dalam surah a-li Imran, ayat 159 pula terkandung firman yang menyebut:

“Maka disebabkan rahmat dari Allah, kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka akan menjauhkan diri dari sekelilingmu. Kerana itu, maafkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka dan ber-musyawarah dengan mereka dalam urusan itu”.

Saudara dan Saudari sekalian,

1.Alhamdulillah, kita merafakkan sepenuh rasa syukur ke hadrat Allah SWT yang telah memberi izin dan inayah-Nya supaya kita berkumpul sekali lagi dalam dewan yang penuh bermakna ini. Ucapan selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW selaku pemimpin yang dimuliakan dan sentiasa diambil pengajarannya.

2.Jika dihitung dan dicongak, Perhimpunan Agung kali ke-61 menandakan Dewan Merdeka yang bertuah ini, telah menyaksikan persidangan dilangsungkan sebanyak 25 kali semenjak tahun 1985. Begitulah, UMNO telah bertatih dan berjalan begitu jauh didewasakan oleh waktu.

3.Dalam pada itu, secara sedar atau tidak, selama lebih enam dekad UMNO telah berada di lapangan, menyalakan obor kebangkitan orang-orang Melayu dan membela untung nasib bangsa. Sehubungan itu, dengan tegas kita mahu menyatakan bahawa sepanjang 64 tahun ini, United Malays National Organization atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yakni UMNO, adalah satu-satunya, suluh yang terang-benderang, kepada citarasa dan nurani orang-orang Melayu.

4.Kerana itulah, tidak ada seorang pun dapat menafi apatah lagi menidakkan betapa besarnya pengaruh dan peranan parti keramat ini yang sejak turun-temurun kepimpinannya telah menongkah arus, menghilir pasang, sebagai teraju perubah tanahair.

TALI-TEMALI WAWASAN NEGARA

Saudara dan Saudari sekalian,

5.Apa yang kita perjuangkan hari ini, bukanlah sesuatu yang baru. Sebaliknya ia adalah penerusan kepada aspirasi bangsa Melayu serta rakyat Malaysia di kala kita membuat keputusan untuk menuntut kemerdekaan. Begitulah, semenjak dahulu, tiga prinsip dan pegangan utama kita yang sentiasa konsisten yakni pertama, kesatuan Melayu sebagai teras perpaduan nasional. Kedua, Islam sebagai Addin dan ketiganya kemakmuran negara bertonggakkan keadilan sosial.

6.Jika diimbau sebenarnya, pada awal tahun 50-an, Presiden UMNO ketika itu, Allahyarham Dato’ Onn Jaafar telah mengenengahkan idea untuk membuka pintu keahlian parti kepada orang bukan Melayu kerana beliau melihat realiti, bahawa kemerdekaan, tidak mampu dicapai tanpa kaum-kaum yang ada bersetuju berkongsi kuasa.

7.Namun, rancangan Dato’ Onn pada masa itu adalah terlalu progresif bagi ahli UMNO yang merasakan kedudukan bangsa Melayu masih belum kuat. Hasilnya, ia telah ditentang oleh majoriti ahli dan pemimpin UMNO. Akibat dari itu, Dato’ Onn telah keluar meninggalkan UMNO dan menubuhkan Parti Kemerdekaan Tanah Melayu bagi meneruskan cita-citanya.
Kendatipun begitu, kita orang-orang UMNO ini bak kata pantun:

Hidup sebumbung, di bawah teratak,
Berlain bantal, satu hati,
Bercerai kasih, bertalak tidak,
Ibarat rambut, bersimpul mati.

8.Di sudut lain, sekalipun idea Dato’ Onn pada masa itu tidak dapat diterima UMNO, penggantinya, Almarhum Tunku Abdul Rahman yang telah dipilih menggantikan beliau, menyedari peri pentingnya kerjasama politik pelbagai kaum untuk mencapai kemerdekaan. Tunku kemudiannya mengambil strategi yang pada pandangannya adalah lebih realistik dan mampu diterima majoriti orang-orang Melayu serta pelbagai ras dengan mempelopori satu gabungan bitara antara kaum.

9.Kerjasama ini, telah dizahirkan buat kali pertama pada tahun 1955, melalui perkongsian kuasa Parti Perikatan yang mengumpulkan UMNO, MCA dan MIC, masing-masing, mewakili kaum Melayu, Cina dan India. Kemudian pula, pasca tragedi 13 Mei 1969, kepimpinan negara menyedari bahawa, perpaduan tidak mampu dipupuk dengan hanya menggunakan mekanisma politik tanpa disertai asas sosioekonomi bertunjangkan keadilan sosial.

10.Oleh kerana itu, selanjutnya, Allahyarham Tun Abdul Razak telah menggubal dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru dengan matlamat membaikpulih ketidakseimbangan sosioekonomi antara kaum yang sebelum itu hampir memusnahkan keutuhan perpaduan nasional. Pendekatan baru ekonomi ini, sebetulnya telah dimungkinkan dengan kedinamikan sistem pasaran yang dibina oleh Almarhum Tunku sebelum itu.

Saudara dan Saudari,

11.Di sini, suka saya menarik kembali perhatian sebahagian daripada kita dah pihak-pihak yang barangkali terlepas pandang bahawa, matlamat Dasar Ekonomi Baru sebenarnya, adalah, untuk membina perpaduan nasional. Cumanya, alat dasar yang telah digunapakai bersifat sosioekonomi, bukannya politik semata-mata sepertimana yang dilakukan pimpinan terdahulu melalui penubuhan Parti Perikatan.

12.Dalam helaan nafas yang sama, Tun Razak tidak melupakan kepentingan mekanisma siasah sebagai alat memupuk perpaduan. Beliau, telah memperbesarkan Parti Perikatan dan membentuk tapaknya melalui penubuhan Barisan Nasional. Menerusi landasan kerjasama serta perkongsian kuasa antara kaum, ia diperluaskan melalui negeri-negeri Sabah dan Sarawak.

13.Hendaklah jangan kita lupa, jambatan pertama yang dibina antara negeri-negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak merentasi Laut China Selatan adalah jambatan politik Barisan Nasional, yakni 11 tahun selepas penubuhan Malaysia. Ia dimantapkan lagi kemudiannya, dengan kehadiran UMNO di Sabah, bumi di bawah bayu, pada tahun 1991.

14.Sejurus, apabila Dasar Ekonomi Baru tamat pada tahun 1990, Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri pada ketika itu, telah memperkenalkan penyataan arah tuju kebangsaan Malaysia sebagai sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Melalui kertas kerja bertajuk “Malaysia; Melangkah ke Hadapan” yang disampaikannya semasa melancarkan Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, beliau mevisikan bahawa, Malaysia akan menjadi sebuah negara maju dalam tempoh tiga dasawarsa.

15.Pada saat itu, diimpikan menjelang tahun 2020, Malaysia akan menikmati taraf hidup yang sama dengan Amerika Syarikat. Pendapatan per kapita Amerika Syarikat pada masa itu adalah kira-kira dua puluh ribu dolar. Sungguhpun kita tahu, ada pihak yang mengatakan matlamat ini adalah angan-angan Mat Jenin, alasan Tun Dr. Mahathir adalah begitu kemas sekali. Beliau menyatakan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru, pukul rata pertumbuhan tahunan negara adalah 6.7 peratus. Jika dalam tempoh tiga puluh tahun hingga 2020, pertumbuhan boleh ditingkatkan kepada tujuh peratus yakni perpuluhan tiga peratus lebih tinggi daripada pukul rata tahun-tahun 1971 hingga 1990, maka wawasan yang dicitakan tidak mustahil untuk dicapai.

16.Di samping aspek ekonomi, beliau telah menggariskan sembilan lagi cabaran sosio-politik yang perlu dihadapi sebelum Wawasan 2020 boleh direalisasikan. Paling utama adalah, mengukuhkan perpaduan nasional atau matlamat untuk membentuk bangsa Malaysia. Pengalaman Dasar Ekonomi Baru menunjukkan bahawa pengagihan saksama hanya akan berlaku dalam ekonomi yang teguh.

17.Apa yang sangat jelas di sini, bagi memastikan perpaduan nasional, kedua-dua mekanisma, politik dan sosioekonomi harus diguna dan dipertemukan. Ertinya, perpaduan nasional tidak akan ampuh tanpa keadilan sosial manakala keadilan sosial pula tidak mampu dicipta tanpa kestabilan politik serta kemakmuran ekonomi yang berteraskan perpaduan nasional. Ringkasnya, ketiga-tiga elemen tersebut adalah saling melengkapi, saling berkait dan saling mengukuhkan antara satu sama lain.

Saudara dan Saudari,

18.Setelah diamanahkan untuk memimpin parti dan negara kira-kira lapan belas bulan yang lepas, dengan penuh tradisi harmoni kesinambungan kepimpinan UMNO yang diserahkan oleh Tun Abdullah, saya telah membuat keputusan untuk tidak mencipta semula roda tetapi untuk mengambil teladan akan kebijaksanaan dan pandangan jauh pendahulu kepimpinan parti dan negara melalui formula yang dicuba serta telah teruji oleh zaman.

19.Maka, lahirlah falsafah induk 1Malaysia yang merupakan penerusan kepada wawasan pragmatik bapa-bapa kita dalam parti dan kerajaan. Perpaduan nasional adalah sesuatu yang dinamik. Ia harus sentiasa dibajai dan dijaga, jika tidak, ia akan hancur berkecai. Parti Perikatan terbentuk diambang Merdeka bertepatan waktunya, namun pasca tragedi 13 Mei 1969, menyaksikan model ini perlu dipulih rawat melalui Barisan Nasional dan elemen keadilan sosial melalui Dasar Ekonomi Baru.

20.Kesimpulannya, susur galur dan tali-temali usaha yang dipasak oleh Almarhum Tunku disambung oleh Allahyarham Tun Razak melalui Barisan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru. Allahyarham Tun Hussein pula dikenali sebagai Bapa Perpaduan yang tegas dan tulus dalam melaksanakan khidmatnya. Kemudiannya Tun Dr. Mahathir meneruskannya dengan konsep Bangsa Malaysia. Disusuli Tun Abdullah yang membina usaha memantapkan modal insan dan mengolah Misi Nasional dalam meneraju negara.

Saudara dan Saudari,

21.Sekiranya perpaduan nasional, kemakmuran dan keadilan sosial adalah saling mengikat dan berpilin, maka, selain 1Malaysia, kita memperkenalkan inisiatif Pelan Transformasi Kerajaan atau GTP dan 6 NKRAnya serta Pelan Transformasi Ekonomi atau ETP untuk membina kemakmuran demi kesejahteraan rakyat.

22.Seperti yang telah dibentangkan sebelum ini, ETP adalah satu pelan yang komprehensif, merangkumi garis-garis besar Model Baru Ekonomi dan lapan prakarsa strategik. Ia juga mengandungi arah tuju yang jelas dengan 12 NKEAnya serta mekanisma pelaksanaan jitu melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh dan Rancangan Malaysia Kesebelas.

23.Dalam hubungan ini lagi, Gagasan 1Malaysia juga adalah selaras dengan nilai-nilai Islam dan semangat yang ditunjukkan sirah Rasulullah SAW dalam pembentukan negara dan ketamadunan Islam terawal di Madinah. Masyarakat yang berada di Madinah pada waktu itu, terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, hidup penuh rukun lagi harmoni, berasaskan Perlembagaan yang mengutamakan serta mempertahankan agama serta keadilan kepada semua pihak. Perlembagaan itu juga melindungi kaum minoriti serta memberi kebebasan mengamalkan agama kepada orang-orang bukan Islam.

Saudara dan Saudari,

24.Jelasnya, ini bukanlah impian baru. Inilah impian abadi negara dari dahulu dan selamanya. Ia adalah gagasan Allahyarham Dato’ Onn, cita-cita Almarhum Tunku Abdul Rahman, harapan Allahyarham ayahanda saya, kemahuan Allahyarham Tun Hussein, aspirasi Tun Dr. Mahathir dan kehendak Tun Abdullah Badawi. Pastinya, ia kini menjadi wawasan saya, bersama Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan dalam UMNO, Barisan Nasional dan juga kerajaan.

25.Saya penuh yakin dan percaya, ia adalah hasrat murni didokong tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dalam dewan dan di luar dewan, serta semua rakyat negara tercinta ini. Pendek kata, biar siapapun kita, di mana jua berada, kita adalah 1Malaysia.

KEPIMPINAN DALAM BUDAYA MELAYU DAN UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

26.Di atas semua ini, jika diteliti, dalam budaya Melayu, hal kepimpinan amatlah pelbagai. Mulai daripada kepimpinan rumah tangga, dusun dan kampung sampailah kepada kepimpinan bangsa dan negara. Oleh sebab besar dan pentingnya pengaruh dalam kehidupan, maka para pemimpin diberi kepercayaan dan tanggungjawab memandu umat sepertimana tercermin dalam ungkapan "adat memegang kepercayaan orang, jangan sekali-kali menikam belakang, adat memegang kekuasaan, jangan sekali-kali merosakbinasakan, adat memegang kebebasan, jangan sekali-kali lupa batasan".

27.Makanya, di saat ini, biar apa sekalipun suka duka, pahit maung, kritik cela yang dihadapkan lawan kepada UMNO, tawarikh jelas memperlihatkan bahawa, kita sudah bertahan lebih daripada enam puluh tahun dengan khidmat, jasa dan bakti yang mendalam kepada pembangunan umat Melayu juga negara. Tambahan lagi, kebolehan dan kewibawaan UMNO telah tersanjung tinggi bukan sahaja dirantau sebelah sini malah menjangkau ke seantero dunia.

28.Sememangnya lagi, sejak puluhan tahun, apa yang diperkatakan bukanlah omongan kosong. Terakam jelas dalam catatan negara, parti inilah yang telah menukar perpecahan kepada perpaduan, daripada pemikiran terjajah kepada pemikiran merdeka, daripada tidak percaya kepada kebolehan masing-masing kepada keyakinan mandiri yang membanggakan, daripada berputus asa kepada penuh harapan.

29.Jangan kita lupa, parti inilah yang berperanan merubah orang Melayu daripada bangsa yang tidak berkesedaran politik sebelum Perang Dunia Kedua kepada bangsa yang mampu merebut kemerdekaan dengan siasah hujung lidah menundukkan kuasa besar dunia iaitu pihak British.

30.Tidak cukup dengan itu, tersusun kemas dalam rekod negara, parti UMNO-lah yang telah menggerakkan kesedaran nasionalisma, semangat patriotisma dan demokrasi politik. Dalam gambaran besarnya, terbukti utuh bahawa, kepimpinan UMNO telah berjaya sebagai teraju ulung yang mentransformasikan Malaysia dengan begitu pantas seperti apa yang kita kecapi hari ini.

Saudara dan Saudari sekalian,

31.Menyongsong kisah-kisah pencapaian itu, kita ingin bertanya, apakah jenis bangsa yang berjaya menunjangi perjuangan hebat ini? Apakah sistem nilai yang dipegang? Persoalannya di sini, bukanlah kita ingin termanggu dengan kejayaan-kejayaan lalu, namun, marilah kita menyingkap apakah kekuatan dan apakah faktor yang menjadi asas kepada keutuhan pertubuhan yang bermakna ini.

Dalam konteks ini, sesuai jika saya mengungkap beberapa baris puisi indah oleh Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang serta bait-bait coretan gurindam daripada seorang tokoh persuratan, Tenas Effendy yang membicarakan tentang Melayu.

Pertama sekali dari segi usul dan asalnya disebut:

Melayu itu, kaya falsafahnya
Melayu itu, orang yang bijaksana
Akal budi bersulamkan daya

Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,

Saudara dan Saudari,

Tidak lengkap lagi senarai ini sebenarnya:

Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah muallaf bertakrif Melayu

Mendakap realiti semasa Malaysia pula:

Kadazan, Bajau, India Muslim dan Siam,
Melanau, Bidayuh dan berpuluh suku kaum,
Kita bersama dalam serumpun,

Di sudut perpaduan dan agama dinyatakan bahawa:

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan

Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Seterusnya dari perspektif kepimpinan dan amanah, Melayu dimadahkan:

Menjadi pemimpin sifatnya agung
Syarak dipakai adat dijunjung

Hidupnya mengabdi kepada rakyat
Taat setia membela umat

Akhirnya, disimpulkan Melayu itu:

Dijadikan induk kuat berdiri
Umat sentosa bertuahlah negeri.

Saudara dan Saudari sekalian,

32.Berdasarkan baris-baris yang saya lafazkan, begitu langsung memperlihatkan betapa, dalam sifat, psikologi, dan sikap atau perwatakan Melayu itu terpamer asas-asas yang membenih nilai kepimpinan murni. Jika digarap lagi, demikianlah orang Melayu, meletakkan martabat tinggi kemuliaan sikap pemimpin dan kepimpinan dalam masyarakat.

33.Terbukti, di sudut leluhurnya, bangsa Melayu itu, sejak sekian lama telah merentas ujian waktu. Keperibadian inilah juga yang menyebabkan Melayu diterima sebagai pemimpin dalam sebuah masyarakat majmuk. Sikap inilah juga menjadi bekal sebagai bangsa yang diamanah menggalas kepimpinan negara.

34.Lebih indah pula, ciri kepimpinan Melayu yang saya utarakan ini, telah dimurnikan dengan tibanya ajaran Islam yang menyeru, mendidik dan mendokong pendekatan wasatiyah. Wasatiyah, adalah suatu kaedah mengamalkan kehidupan individu mahupun masyarakat secara berimbang dan syumul dalam segenap bidang terutamanya dalam soal-soal yang menyangkut perpaduan dan kenegaraan.

35.Sesudah itu, dari masa hingga masa, ajaran Al-Quran serta sunnah disulam dan dijalin kemas dalam anyaman hidup seharian orang Melayu. Sejak itulah juga hingga kini, nilai orang Melayu, padat diwarnai dengan hala cara wasatiyah atau pertengahan. Merujuk para ulama tafsir, disyarahkan bahawa, umat wasatiyah secara tuntasnya adalah umat yang adil lagi berdaya maju, bekerja keras untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.
KEPIMPINAN UMNO – SATU TANGGUNGJAWAB MORAL DALAM PENGURUSAN KAUM

Saudara dan Saudari sekalian,

36.Lanjutan dari itu, seperkara yang amat mustahak untuk diingat adalah, dalam menentukan jatuh bangun sesebuah negara, kita memerlukan corak kepimpinan yang betul dan pemahaman jujur pada wacananya, apatah lagi dalam sebuah negara bitara seperti Malaysia.

37.Sehubungan itu, bersyukurlah bahawa Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kekal stabil serta bebas daripada sebarang konflik besar. Sayugia, setiap orang perlu menerima hakikat bahawa kepelbagaian kaum adalah satu rahmat dan aset anugerah dari Allah SWT.

38.Sesungguhnya, kemajmukan adalah sumber kekuatan kita selama ini. Begitulah dunia tercipta dan akan kekal selamanya begitu. Apa yang mustahak adalah, bagaimana kita memanfaatkan aset ini bagi menunjangi kejayaan negara.

39.Berkait perkara itulah, semua pihak perlu mengambil sikap berlapang dada, kerana sekalipun kita mengamalkan tindakan afirmatif untuk menjamin keadilan sosial, kejayaan seseorang nyatanya, hanyalah dihadkan oleh kreativiti, inovasi dan kesanggupan individu itu sendiri, untuk bekerja keras serta mengambil risiko.

40.Misalnya, kaum bukan Bumiputera, setelah 39 tahun dasar afirmatif dilaksanakan, masih lagi merupakan kaum yang memiliki kekayaan terbesar. Kita menyedari, ada pihak mendakwa tindakan afirmatif itu sendiri yang mendatangkan kesusahan, akan tetapi, bukti empirikal menunjukkan sebaliknya. Sebenarnya, sikap penerima bantuan, cara pelaksanaan dan landskap di mana tindakan itulah yang menjadi punca masalah.

Saudara dan Saudari sekalian,

41.Sementelahan itu, apabila ada pihak yang mula mempersoalkan tentang kedudukan bangsa Melayu sebagai bangsa yang dilindungi dengan hak-hak tertentu, ianya telah menimbulkan kegusaran serta rasa tidak puas hati, kepada kita yang amat terkenal dengan sikap dan sifat akomodatifnya. Ibarat api dalam sekam, perasaan ini telah mula membara dan mungkin menular sehingga berupaya merosakkan keharmonian perhubungan ras yang telah terjalin semenjak dahulu.

42.Sayang seribu kali sayang juga, setelah lima puluh tiga tahun kita merdeka, hari ini, rakyat Malaysia sedang berhadapan dengan asakan bertalu-talu terhadap teras-teras utama perhubungan kaum yang wujud selama ini. Jika polemik nasional ini tidak ditangani dengan baik, kita berasa amat cuak, kerana, ia berkemungkinan menjadi ancaman kepada perpaduan negara.

43.Sebab itulah, saudara dan saudari, kita perlu sentiasa berwaspada, kita perlu terus mengingatkan diri masing-masing bahawa, kejayaan pertiwi tercinta sememangnya dimungkinkan oleh sumbangan, idea dan pengorbanan pelbagai kaum. Hakikatnya pun, ia bukanlah jasa, mahupun ikhtiar ekslusif satu kaum semata-mata, akan tetapi segalanya merupakan hasil mahsul, tuaian kudrat oleh semua kaum secara kolektif.

44.Apa yang menjadi masalah dalam keadaan ini, ketegangan akan timbul apabila, sejarah dienteng, atau, dilupakan akibat perjalanan masa, atau juga, apabila ada pihak-pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mentafsir semula semua itu, supaya sesuai dengan kepentingan serta agenda sempit kelompok masing-masing.

45.Kerana yang demikianlah, pemimpin oportunis, menangguk di air keruh, sebenarnya musang berbulu ayam, bermain api permusuhan dan memanipulasi keadaan, sangat ditolak dalam kepimpinan. Mereka tidak layak digelar pemimpin.

Saudara dan Saudari sekalian,

46.Awaslah, awaslah kita, terhadap saudagar mimpi yang membuai dengan dogengan, menjadi petualang memintal kepalsuan, menenun kebencian, memperdagang fitnah, mengadun madu dengan tuba, meleceh pengorbanan dan tanpa segan silu, mengajak kita menikmati buah khuldi yang bergentayangan di pohon rendah, sehingga sanggup menggadai segala-galanya.

Saudara dan Saudari sekalian,

47.Bertolak dari situlah, bagi bangsa Melayu khususnya, perasaan mereka amat terhiris kerana ikrar budiman yang telah dipateri di ambang merdeka kini diungkit kembali. Sedangkan, berpayung sumpah dan janji itulah kita sanggup membuat pengorbanan terbesar bagi mencapai sebuah kemerdekaan, yakni berkongsi pemilikan Tanah Melayu dengan kaum-kaum yang lain.

48.Serentak dengan itu, penerimaan kerakyatan yang berasaskan prinsip jus soli atau hak tempat kelahiran berbanding prinsip jus sanguinis yakni hak darah dengan sekelip mata telah mentransformasikan landskap sosiopolitik Tanah Melayu untuk selama-lamanya.

49.Dek kerana itu, kita tidak boleh lagi hidup terpenjara kisah nan lalu tanpa melihat ke hadapan. Pokoknya di sini, sepertimana prinsip keutuhan sebarang kontrak yang dibuat di bawah lembayung kedaulatan undang-undang, jika tidak dihormati, maka tiadalah kepastian, walaupun bagi perkara-perkara asas yang telah dipersetujui bersama. Analoginya di sini, jika ia berlaku dalam bidang perniagaan, maka pihak yang berbuat demikian akan mendapati diri mereka, tidak lagi dipercayai oleh sesiapapun, apabila memungkiri janji.

50.Seterusnya lagi, jika ikrar setia yang telah diwaad, dilanggar sewenang-wenangnya apabila tidak sesuai dengan selera atau kepentingan tertentu, akan hancurlah kepercayaan dan rapuhlah rasa penghormatan di antara kita, kerana, masing-masing akan dihidapi penyakit kesangsian terhadap motif, kejujuran serta keikhlasan terhadap satu sama lain. Hal yang membarah sebegini berbahaya, saya ulang, amat berbahaya kepada sebuah negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia kerana ia berpontensi menghancurkan segala apa yang dibina sejak lebih lima puluh tahun yang lalu.

51.Satu hal yang pasti, timbal balas dipersembahkan bukan sahaja oleh bangsa Melayu, tetapi juga oleh kaum lain. Ia dimanifestasi melalui muafakat murni iaitu bagi memperoleh kerakyatan, orang bukan Melayu telah sanggup menerima prinsip hak keistimewaan sebagaimana termaktub di bawah peruntukan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Kemudian itulah, kewarganegaraan Malaysia pada dasarnya bukan lagi bersifat sama rata dan sama rasa tetapi telah disesuaikan dengan realiti yang ada demi matlamat dan kepentingan jangka panjang nasional.

Saudara dan Saudari sekalian,

52.Inilah sebenarnya asas teras kepada kontrak yang telah dimuafakat bapa-bapa pengasas mewakili kaum masing-masing di ambang kemerdekaan. Ia kemudiannya telah dimaktubkan sebagai kontrak sosial nasional, tertinta dalam perkara dan fasal Perlembagaan Persekutuan yang menjadi undang-undang tertinggi negara. Mahu tidak mahu, kita sewajibnya menghormati persepakatan mulia yang telah dilakukan kerana itulah kunci kepada kelangsungan dan survival kebangsaan.

53.Kini pula, sebagai generasi kepimpinan mutakhir, kita telah diamanahkan untuk menghadapi tuntutan zaman monumental ini sebagaimana generasi kepimpinan pertama yang telah dihadapkan dengan cabaran untuk membina asas kepelbagaian. Oleh itu, adalah amat tidak bertanggungjawab jika kita memilih jalan berpeluk tubuh dan duduk bersimpuh tanpa berbuat apa-apa. Lebih teruk lagi jika ditanggungkan pula beban ini kepada generasi kepimpinan akan datang.

54.Demikian itulah, kita harus membina landasan baru perhubungan kaum di Malaysia dengan mengambil kira dua prinsip penting. Pertamanya, ia haruslah berasaskan masa depan yang dikongsi bersama dan kedua, ia harus mengambil kira faktor sejarah tanpa mengenepikan realiti hari ini serta potensi masa depan.

Saudara dan Saudari sekalian,

55.Sememangnya, manusia tidak wujud dan hidup dalam sebuah utopia. Manusia tidak dapat lari dari realiti dan persekitaran. Malaysia adalah sebuah negara berasaskan keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang sepertimana ideologi kebangsaan yang ternukil dalam panca prinsip Rukun Negara.

56.Seperti yang kita maklum, kedudukan orang Melayu serta Bumiputera dan kepentingan kaum-kaum lain dari segi politik telah termaktub jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Ia terkunci kemas dalam artikel-artikel Bahagian 3 mengenai kewarganegaraan, Perkara 38 berkait Majlis Raja-Raja, Perkara 152 tentang Bahasa Kebangsaan dan Perkara 153 mencakupi antara lain Perezapan kuota perkhidmatan dan permit untuk orang Melayu.

57.Seterusnya, saudara dan saudari, kita mesti memahami dan mengetahui bahawa, pindaan terhadap artikel-artikel ini tidak boleh dilakukan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja mengikut Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan. Ia ditambah kukuh pula oleh Perkara 10 Fasal 4, yang memberi kuasa kepada Parlimen, bagi menggubal undang-undang, melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, Perkara 152, 153 dan Perkara 181.

58.Sehubungan hal ini, hendaklah kita mengetahui bahawa apa yang menjadi polemik hebat hari ini, sama ada tentang kerakyatan selepas merdeka atau hak istimewa orang Melayu sebenarnya, sudah menjadi perdebatan akademik. Ini kerana, dari segi perundangan, peruntukan-peruntukannya sudah pun tersurat dan sekaligus terpateri kemas.

59.Seandainya mempunyai majoriti dua pertiga dalam Parlimen pun, tidak akan mampu mengubah setitik apa jua, tanpa kebenaran Majlis yang dianggotai sembilan orang Raja-Raja Melayu. Dalam kata laim, sia-sia sahaja jerit pekik untuk menggunakan peruntukan tentang kerakyatan bagi mengancam kaum lain kerana peruntukan yang tertulis ini begitu konkrit sekalipun darurat diisytiharkan, ia tetap tidak boleh disinggung.

60.Di sebalik semuanya, suka tidak suka, ada sebab yang amat kuat mengapa perkara-perkara ini tidak dibenarkan untuk dipinda kecuali dengan perkenan Majlis Raja-Raja. Hikmahnya, adalah supaya peruntukan-peruntukan tersebut di letakkan luar daripada forum perbincangan. Jika dibuka juga kepada perbahasan, maka kita bimbang, kita khuatir, ia akan membangkitkan keresahan serta mengapi-apikan “primordial instinct” atau naluri asal wujud antara etnik.

61.Di atas segalanya, rakyat Malaysia perlu sedar bahawa sejarah telah menunjukkan tidak kira betapa majunya sesebuah ekonomi, betapa berevolusinya sesebuah tamadun, betapa terpelajarnya manusia dan betapa tinggi tahap toleransi, seandai dan sekiranya naluri asal wujud ini tidak diurus dengan baik, kesannya kelak, kita mungkin menyaksikan kezaliman yang sangat dahsyat bakal terjelma, dinyalakan oleh sikap dan disemarakkan sifat tabie manusiawi itu sendiri.

62.Apa yang saya perkatakan ini tidak menghairankan. Di abad ke-20 kita telah dipampangkan dengan kes-kes hukuman tanpa perbicaraan di Amerika Syarikat, tragedi “holocoust” di Benua Eropah, penyembelihan rakyat Palestin di Asia Barat serta penghapusan etnik di Bosnia dan Rwanda. Jadi, bayangkanlah, apakah kesudahannya, jika setiap generasi rakyat Malaysia mengambil pendirian untuk mempersoal kewajaran kontrak sosial kebangsaan yang telah dimuafakatkan pendahulu mereka sebelum ini.

63.Akibatnya, akan lebih pantas terutama dalam dunia tanpa sempadan dengan kecanggihan sistem teknologi maklumat dan komunikasi yang sentiasa berkembang. Pucuk pangkalnya, saudara dan saudari, mengapa mahu diubah apa yang telah berjalan dengan begitu baik. Janganlah yang elok menjadi retak, janganlah yang bersambung menjadi putus.

Saudara dan Saudari sekalian,

64.Merentasi situasi ini, sebagai orang Melayu yang merupakan kaum majoriti, kita mempunyai tanggungjawab kepimpinan untuk ditunaikan. Satu tanggungjawab moral kepimpinan yang melangkaui kepentingan kaum kita sendiri. Tanggungjawab ini secara alami telah tertakdir dan tertanggung ke atas orang-orang Melayu disebabkan kita adalah dalam rumpun majoriti yang membentuk 67 peratus daripada penduduk Malaysia. Seperti yang telah saya bicarakan di awal ucapan tadi, ketentuan ini disahihkan lagi oleh faktor sejarah serta sikap dalaman bangsa itu sendiri.

65.Begitulah, suratan satu bangsa yang terpilih menerajui kemajmukan. Kepercayaan yang terus-terusan diberi oleh kaum-kaum lain sewajibnya menjadi perangsang agar orang-orang Melayu sentiasa memperbaiki diri dan terkedepan sebagai pemudahcara antara kaum.

66.Dalam pengertian lain, di arus kemodenan dan kerancakan globalisasi, soal hak, harga diri dan asal-usul tidak lagi membawa apa-apa makna jika bangsa kita mundur dan ketinggalan. Secara otomatis, rasa hormat, rasa menaruh harap oleh pihak lain kepada kita juga akan luntur. Dek yang demikian, pada saat ini juga kita perlu bingkas bangun dan berlari deras bagi menggapai justifikasi peranan umat Melayu dengan penuh berhemah lagi profesional.

GERAK KERJA UMNO

Saudara dan Saudari sekalian,

67.Menjengah ke hadapan, sebermula Perhimpunan Agung Mac 2009, pelbagai rencana dan perancangan rapi serta strategi telah disusun. Jadinya, kita tidak boleh lagi berlengah-lengah dan membuang masa. Mengatasi semua perkara, tumpuan kita sekarang ini adalah terhadap gerak kerja parti. Gerak kerja UMNO sebagai sebuah parti siasah mesti berubah. Kendati begitu, UMNO harus kekal berpegang teguh kepada tujuan asalnya, sebagai sebuah parti Melayu massa yang mampu mengungkap aspirasi bangsa.

68.Laksamana Hang Tuah menyebut, takkan Melayu hilang di dunia. Begitulah, bangsa Melayu terutamanya dirantau ini, telah menjelajah zaman dan menempuh rangkaian suka duka. Ketahuilah, tahun 2011 yang bakal menjelang bukanlah sembarangan. Ia menandakan genapnya tempoh lima ratus tahun, semenjak kejatuhan empayar Melayu Melaka. Di sini, kita harus mengambil pengajaran kenapa sebuah empayar begitu hebat di Kepulauan Melayu yang menjadi persinggahan perdagangan dua benua telah rebah dijajah Portugis.

69.Ironisnya, banyak pihak hanya menumpukan kepada runtuhnya empayar Melayu ini kerana pengkhianatan dari dalam. Ya, memang benar ini sebahagian sebabnya. Tetapi fakta yang tidak kurang penting untuk diambil iktibar ialah ehwal tentera kedua-dua pihak, masing-masing ternyata memperlengkap persenjataan peperangan untuk era yang berlainan.

70.Maksud saya, pihak Portugis menggunakan senjata yang moden untuk zamannya, dengan senapang dan meriam sedangkan pertahanan Melaka waktu itu masih menggunakan senjata yang sesuai dengan zaman yang telah berlalu. Walaupun keris, tombak dan lembing menjadi lambang kepahlawanan, namun ia ternyata tidak mampu menewaskan bedil dan meriam. Begitulah resam dan ketetapan, sunnah putaran alam.

Saudara dan Saudari sekalian,

71.Oleh yang demikian amatlah mustahaknya Melayu alaf ke-3, Melayu abad ke-21 dipersediakan untuk eranya. Dari begitu obsesi terhadap hak, sebaliknya Melayu abad ke-21 wajib mempersiap siagakan dirinya untuk memanfaatkan hak yang ada. Apa gunanya kuota, rizab dan permit jika segalanya dipersiakan. Apa gunanya peluang jika ia digadai demi keuntungan jangka pendek.

72.Lalu, Melayu abad ke-21 harus gigih membina keupayaan dan kemampuan, bukannya sekadar mendabik perabung-perabung dada bahawa mereka harus berjaya kerana ia adalah hak mereka untuk berjaya. Mahu tidak mahu, Melayu abad ini harus berdepan realiti untuk meraih kejayaan.

73.Kita harus menjadi Melayu yang glokal. Saudara dan saudari, saya ingin bertanya, apa kurangnya bangsa Melayu? Melayu...... seharusnya mampu bersaing dengan yang terbaik. Melayu...... seharusnya mampu bertarung dengan yang paling kuat. Melayu...... mesti menjadi yang terhebat di pentas antarabangsa.

74.Justeru, saya sebagai Presiden UMNO...... tidak mahu..... menerima alasan bahawa anak Melayu masih lemah kesan penjajahan hampir lima kurun. Saya sebagai Presiden UMNO beserta rakan-rakan pimpinan dalam parti juga tidak rela...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang meminta-minta, kita tidak mahu...... melihat bangsa Melayu menjadi bangsa yang berpuas hati dengan momokan rezeki secupak tak kan jadi segantang.

75.Dengan tegas, saya ingin ingatkan semua bahawa, pertarungan hari ini adalah pertarungan minda dan kemahiran. Siapa yang berilmu, siapa yang menguasai maklumat, dialah kudrat yang mempengaruhi persekitaran. Oleh itu, janganlah kita mengambil jalan mudah dengan bersifat dogmatik dan berpuas hati dengan bentuk berbanding isinya.

Saudara dan Saudari sekalian,

76.Kepada semua pihak hendaklah menyedari, bukankah apa yang Malaysia capai selama lima puluh tiga tahun kemerdekaan adalah juga hasil usaha dan penerajuan bangsa Melayu? Lantas, kita menjadi lemas dan rimas dewasa ini, apabila kedengaran suara-suara sumbang yang cuba memperlecehkan pencapaian orang Melayu. Benar sekali, amat mudah bagi lidah tidak bertulang membuat nista. Mereka dengan suka-suka menuduh perkhidmatan awam sebagai lubuk ketidakcekapan.

77.Walhal, jika perkhidmatan awam negara tidak kompeten, sudah lama kita menjadi negara gagal, tidak mungkin pula akan berjaya berkembang sebegini dari negara pertanian berpendapatan rendah kepada sebuah negara perindustrian moden.

78.Terbukti lagi selama ini, kita telah berjaya tanpa perlu ada pengkalan tentera asing dibumi bertuah ini untuk memberi payung keselamatan. Kita juga berjaya..... tanpa perlu keabsahan sebagai negara bangsa yang merdeka dan berdaulat dipertikaikan. Kita juga telah berjaya.... bersama pelbagai kaum membina tanah air keramat ini.

79.Diperakui, kita ada kelemahan, namun kita tetap mampu pada setiap masa bangkit mengatasi cabaran kelemahan yang dihadapkan dengan kudrat, acuan dan cara kita sendiri tanpa bergantung kepada negara lain.

Saudara dan Saudari sekalian,

80.Mendepani segalanya, UMNO akan tetap menunaikan amanahnya untuk memartabatkan bangsa, agama dan negara. Kita melakukannya bukan sahaja semata-mata melalui kata puitis yang muluk-muluk bahkan dengan inisiatif, program dan dasar yang konkrit.

81.UMNO tidak sekali-kali akan membiarkan bangsa Melayu menjadi bangsa yang melukut ditepi gantang, bangsa yang menjadi dagang di negeri sendiri. Kita komited untuk melakukan bukan sahaja apa yang terbaik, tetapi apa yang betul demi untuk rumpun Melayu. Kita tidak mampu untuk tenggelam dalam keasyikan lampau. Nyatanya, kita bukan sahaja berhadapan dengan cabaran luar tetapi juga cabaran segelintir anak-anak bangsa yang nampaknya sanggup menggadai segala demi kuasa.

82.Sebagai pengajaran dari semua ini, orang UMNO tidak boleh hilang harapan atau bergundah gulana. Ajaran agama Islam juga sangat melarang kita berputus asa. Kita sebagai ahli parti dan orang UMNO tidak mampu untuk terumbang-ambing di kubang kecewa dalam kekalahan, malah kita juga tidak semudah-mudah nak membiarkan UMNO musnah.

83.Demi, membina masa depan, demi terus mendaya bangsa ini, kita harus melalui tiga fasa pemulihan. Fasa pertama dan terpenting adalah memperakui kelemahan dan masalah yang kita hadapi. Fasa kedua adalah untuk membuat muhasabah dan mencari penawar-penawar yang mustajab memperbaiki kekurangan-kekurangan itu. Fasa ketiga pula adalah memulakan gerak kerja. Apa yang penting, ketiga-tiga fasa ini wajib dilalui dengan penuh ketertiban. Jika tidak, rencana perubahan dan pembaharuan tidak akan berjaya.

PENUTUP

Saudara dan Saudari sekalian,

84.UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

85.Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.

86.Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

87.Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

88.Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

89.Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

90.Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

91.Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

92.Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Sesungguhnya,

93.Kepada saudara dan saudarilah nasib parti kita dipertaruhkan. Dalam genggaman saudara dan saudarilah pembelaan UMNO kita dambakan. Di bahu saudara dan saudari sekelianlah, tergalas, warisan Parti Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

94.Ayuh..
Jangankan gerimis, hujan pun mari kita redahi..
Jangankan ribut, taufan pun mesti kita harungi..
Jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi..
Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi..

95.Maka, kepada semua saya berpesan, kepada semua saya beri pedoman, janganlah kita terpalit damak beracun sandiwara lawan yang hanya menempah alam kegagalan. Berpasaklah kepada parti UMNO. Bertetaplah kepada panji-panji Barisan Nasional. Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!

Demi Islam, Demi Melayu dan Demi Malaysia.
Bersamalah Mendaya Bangsa, Meneraju Kemakmuran.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, saya merasmikan Perhimpunan Agung UMNO kali ke-61, tahun 2010.

Wabillahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.