Wednesday, August 10, 2011

ULAMA PERLU BERFIKIR SEBELUM BERI PENDAPAT

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, terfikir saya bahawa ulama juga mempunyai jiwa besar untuk kepentingan diri mereka. Tiada seorang ulama yang tidak dapat membezakan isu 12 orang Islam di jemput ke gereja dengan isu Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching masuk Masjid. Yang sama dalam kedua-dua ini hanyalah orang Islam yang menerima sumbangan dan orang islam yang mendengar ceramah sama ada di Gereja atau di Masjid. Dr. Asri kena faham orang yang memberi ceramahlah yang mempengaruhi orang yang mendengar ceramah. Di Gereja Damansara Utama agendanya adalah untuk mengkristiankan umat Islam bersalahan dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan. Di Masjid Kajang, Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching datang untuk memberi sumbangan kepada orang Melayu dan mencemarkan Islam dengan diberi ruang tempat imam sembahyang dan berceramah. Dr. Asri sudah sucikan haid Teo Nie Ching ke? Apa unsur-unsur serta elemen yang boleh Dr. Asri jelaskan bahawa kehadiran YB DAP itu masuk Masjid boleh membawa kebaikan kepada Islam??

Ulama sepatutnya memberi pandangan yang rasional, ikhlas serta memikirkan implikasi terhadap Islam dan juga orang Melayu. Kenyataan Dr. Asri seolah-olah mempertikaikan tugas JAIS dan membenarkan umat Islam dipengaruhi dan diseru memasuki agama Kristian, juga bersetuju orang kafir masuk dalam Masjid ditempat imam sembahyang dan memberi ceramah politik serta menceritakan kebaikan orang kafir sebagai Pemimpin.

Harapan umat Islam terlalu tinggi terhadap ulama agar golongan ini benar-benar dapat mempertahankan serta memperjuangkan kesucian Islam.

1 comment:

  1. Dr Asri nie bukannya boleh pakai sangat. Opportunist kata kekawan saya di Jordan.
    Dia nie dibayar oleh Arab Saudi utk mengembangkan fahaman Wahabi di Malaysia bersama kunco2 dia. Diantaranya Ustaz Abdullah Yassin.

    ReplyDelete