Sunday, November 29, 2009

SI KADUK DAH NAIK JUNJUNG

Sejak dulu lagi kita sering di kejutkan dengan isu isu yang menggores hati orang Melayu.Namum setiap kali ianya berlaku,pasti ada jalan penyelesaian,samaada cara sihat mahu pun cara tak sihat.Kesemua peristiwa yang melibatkan kaum dapat di selesaikan dengan berpaksikan Perlembagaan Negara yang menyebabkan akhirnya Mereka tunduk dengan keputusan Kerajaan yang di terajui oleh UMNO.

Bermula dengan peristiwa Pemimpin DAP menghalau Orang Melayu Keluar daripada Kuala Lumpur,pada peristiwa 13 Mei 69,setelah mereka memenangi mejoriti kerusi kerusi pilihan raya pada tahun itu.Datuk Harun Idris menjadi wira berjuang mempertahan martabat melayu.Rusuhan kaum berlaku,ribuan orang melayu dan orang Cina mati.Askar Melayu di beri kuasa oleh Yang Di Pertuan Agong mengawal darurat yang di kenakan keatas Rakyat.Kerajaan Mageran di tubuh dan akhirnya di serah balik kepada pemerintahan Perikatan yang di terajui oleh UMNO.Allahyarham Tun Razak dengan tegas Mengujudkan DEB,menstrukturkan semula masyarakat agar orang Melayu di anjakan taraf hidup mereka kepada jurang yang semakin kecil dengan orang Cina.Semua rakyat berbilang kaum akur dan terima walaupun ada yang terima tanpa kerelaan mereka.Kepemimpinan Melayu kembali kukuh dgn masuknya PAS kedalam BN.Negara kembali aman.

Lim Kim Sai,semasa menjadi Ketua Pemuda MCA pernah cabar Hak Orang Melayu,sehingga Dato Najib Ketua Pemuda UMNO ketika itu rancang nak himpun 100 ribu Pemuda Melayu di padang TPCA untuk mempertahan hak Melayu,akhirnya isu ini di selesai secara perundingan kerana muafakat dalam BN.Agenda Melayu di teruskan kerana UMNO masih kukuh sebagai tunjang kepada BN.

Persatuan Don Zua Dong dan Su Que pernah tuntut kerajaan menggugurkan 17 perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang melindungi hak Melayu.Hampir hampir mencetuskan pergaduhan kaum ,sekali lagi ianya dapat di selesaikan oleh Dr Mahadhir kerana UMNO masih kukuh dalam menerajui BN.

Ingat 9 menteri bukan Melayu pernah tanda tangan memorendum supaya artikal 121 1(a) di rombak agar kes mahkamah syariah boleh di atasi oleh mahkamah sivil?.pun selesai dengan mengekalkan artikel itu yang memberi kuasa mutlak kepada mahkamah syariah dan tidak boleh di cabar,di ulang bicara oleh mana mana mahkamah lain.Kerana UMNO masih mendomonasi kepimpinan dalam BN.

Persoalannya Tidak ada seorang pun Pemimpin Cina samada MCA,Gerakan mahupun DAP yg benar benar ikhlas dan jujur mempertahankan Perlembagaan Negara melainkan mereka terpaksa akur dengan KEKUATAN UMNO sebagai parti Melayu yang mempunyai kuasa memerintah negara.

Lihat sekarang apabila UMNO agak lemah,suara suara kurang ajar Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya sudah mula kedengaran tanpa memperdulikan sensitiviti orang Melayu.malah Raja raja juga sudah menjadi bahan pertikaian.Siapa yang boleh menegur mereka?

Hari ini tidakkah kita merasa sedih melihat melihat telatah dan tindakan sesetengah Pemimpin Melayu dari PAS dan PKR yang konon nak jadi juara hak kebebasan.Mereka seolah olah menjadi penyokong kepada tuntutan seperti saya sebut di atas.Walaupun yg mereka lakukan itu mungkin bersifat politik yang beria ia nak jatuhkan UMNO dan yakin jika UMNO jatuh komponen BN yang lain akan beralih arah,tetapi terfikir kah kita apa akan jadi pada Orang Melayu sekiranya UMNO hilang Kuasa.Siapa pulak yang nak mempertahankan Melayu?

Mampukah Anwar menipu rakan rakan bukan Melayu PKR dan sahabat jitu nya DAP untuk mempertahankan Perlembagaan dan menjaga kepentingan Melayu andainya dia jadi PM?.Sedangkan semasa susah mencari sokongan, Anwar bukan saja setuju dengan tuntutan kaum Cina dan India malah menjadi juara dalam mempertahan tututan kaum kaum tersebut.Anwar menjadi HERO kepada HINDRF dan DAP dalam mempertikaikan ISA,Kehakiman,SPRM,Dasar Ekonomi Baru (DEB),BTN dan banyak lagi dasar dasar kerajaan untuk orang Melayu.Malah Anwar tutut sama menuduh UMNO parti perkauman.

Soalnya sekarang apakah Orang cina sudah tak ada sifat perkauman,dan orang India juga begitu ?.Adilkah Singapura terhadap Orang Melayu?.Apakah yang telah di buat oleh Lim Guan Eng terhadap orang Melayu Pulau Pinang ?.Apa yang telah di buat oleh DAP semasa PR perintah Perak ?.Bagaimana DAP kudakan PKR untuk kepentingan kaum mereka di Selangor?.Teliti dan fikir betul betul siapakah yang lebih perkauman di negara kita.?Apakah yg tersirat di sebalik perpecahan dalam MCA dan MIC ?

PAS pula seakan hilang punca apabila mereka sudah ketepikan perjuangan ISLAM mereka.Kerana dah malu alah dengan rakan kafir mereka yang telah menyumbang banyak undi terhadap kemenangan PAS.PAS mula alih pandangan Ahli mereka kepada kemelut isu kepimpinan kerana PAS takut ahlinya mula bertanya tentang perjuangan ISLAM yang selama ini di jaja oleh pemimpin pemimpin PAS.Mana Hudud,mana negara Islam ?.Sedangkan yang saya lihat setiap ceramah sekarang di hadiri oleh Rakan DAP dan kafir PKR.

Sebagai rumusan Semua orang Melayu dan UMat Islam harus sedar akan permainan musuh musuh islam yang bersembunyi dalam di dalam terang.seperti menarik rambut dalam tepung.Mulut manis menunjuk baik bila dapat satu persatu akan terhapus apa yang kita miliki.Takut nanti "KITA TERSEPIT DENGAN JERAT SENDIRI.

1 comment:

  1. Askum Datuk...

    Bagus DATUK NI TULIS... TAPI DATUK KALAU TERSOROK DI CELAH JUTAAN BLOG JUGA TAK BERGUNA... Saya ingat Datuk kita kena buat sesuatu yang mana IDEA yg BAIK ini dapat kita sebarkan Berita yang baik dapat semua baca...

    SAYA PERNAH PERGI BUAT PEMANTAUAN SEMASA ZAMAN HADI AWANG JADI MB. Seminggu saya duduk disana... Waktu itu saya mencari ISu yg dikehendaki oleh DS bagi memenangkan semula TRENGGANU... Yg pertamanya mereka amat konsisten dalam memberi tahu rakyat tentang apa yg mereka buat dan apa yg akan mereka buat dgn cara mengedar risalah setiap minggu ditempat yang startegik... TETAPI mereka tidak berjaya sedangkan cara mereka betul disebabkan keterlaluan MENYALAHKAN BN, SENTIASA MEMBURUKKAN BN SEGALANYA SALAH BN BUAT DAN YG KETERLALUAN SEPERTI MEREKA YANG MENENTUKAN DOSA PAHALA DAN SYURGA NERAKA.. istirafar byk2 kita... SEOLAH OLAH MEREKA INI FIRAUN yg fikir merkalah tuhan. Akhirnya apa yg merka buat iaitu dengan menyebarkan berita dengan sehelai kertas tidak menjadi sedangkan INI CARA YG BAIK..
    SAYA PERNAH BERITAHU DS yg kita kena mengamalkan BUDAYA NEWSLETTER ini datuk... Setiap minggu kita kena sebarkan berita contoh seperti tulisan Datuk ini atau berita peluang dan ruang yang kerajaan siapkan untuk rakyat, Berita segalanya berkenaan apa yg kita sediakan dan apa yg kita buat... Kita kena educate org kat melaka ini sehingga setiap hujung minggu yg mereka nak tahu apa kerajaan buat....
    Saya bboleh TUNJUKKAN DATUK FAKTA yg mengatakan Kertas yg bertulis ini masih letaknya no 1 dalam mengedarkan maklumat... walaupun kita ada berbagai media sekarang ini seperti tv radio internet dan lain2 NAMUN KERTAS BERCETAK INI TETAP NO SATU... dan keduanya cara CIRCULATION YG BETUL... Ini kita boleh duduk bincang datuk ...

    Apa yg nak saya beritahu disini Datuk ialah KITA KENA MEMPROMOSI UMNO INI SEMULA BUKAN KITA NAK MEMUDAKAN MEMBARUKAN UMNO INI...UMNO TELAH LAMA MAKA KEMUNGKINAN CARA MEMPROMOSI UMNO INI SEMULA KEPADA GOLONGAN MUDA KENA DIBAHARUI, INSYAALLAH KALAU DATUK DAPAT DUDUK DGN SAYA BOLEHLAH KITA BINCANG...

    Kadangkala datuk kami ni org kecil tapi KITA TAK ADA TEMPAT UNTUK MENCURAHKAN IDEA SEDANGKAN SAYA YAKIN IANYA BAIK DAN SAYA LIHAT TIDAK ADA YG SEPERTI SAYA FIKIRKAN.

    Datuk sebagai ketua penerangan jadi rasanya sesuai untuk saya bagi tahu... Datuk sendiri tahu datuk bekerja seorang sebenarnya... MAAF KATA datuk ... SAYA rasa datuk mesti menjadi seperti kembar... Yang satu pastikan politik datuk terus berjaya dengan apa cara sekali pun...yang satu lagi datuk pastikan ANAK BANGSA TERUS TERBELA...yg ini mungkin politik datuk sendiri tak boleh terima... harapan saya dapat datuk BINA ANAK BANGSA TERUS TERBELA ini datuk...

    Maaf datuk kalau ada silap dan salah.

    FAISAL YUNOS

    ReplyDelete