Sunday, September 6, 2009

KENAPA MESTI CARI PERBEZAAN ?

kalau kita berjumpa dengan kawan lama dan berkesempatan berbual maka perbualan kita akan menjadi menarik dan lebih mesra seandainya topik perbualan tersebut bersekitar tentang persamaan yang kita miliki.sebagai contoh kalau kita bercerita tentang memburu dan kebetulan kawan kita juga seorang pemburu,alang kah seronok maka terpancar keakraban dan sifat persamaan antara kita.sebalik nya jika bercerita tentang bola pada hal kawan kita langsung tak mengetahui dan tak berminat tentang bola sudah pasti perbualan menjadi hambar.ianya akan menjadi lebih buruk seandainya kita menuduh kawan kita buta bola,kaki bangku dan menunjuk nunjuk kepakaran kita sehingga menimbulkan kebencian.

Begitulah yang sedang berlaku terhadap orang Melayu,kita seringkali mencari perbezaan antara kita.Ada setengah gulungan Melayu yang telah melupakan langsung apa apa persamaan yang kita miliki.yang paling buruk apabila perbezaan di perbesarkan sehingga mengundang perpecahan sesama sendiri.Tanpa kita sedari perpecahan yang kita alami mengakibatkan apa apa yang kita sama sama miliki selama ini sedikit sedikit akan terhakis.ingat sejarah dahulu,kisah di Perak,Raja Ahmad minta bantuan Inggeris melalui Syarikat India Timur dalam perebutan tahta dengan Raja Abdullah.Setelah berjaya maka bermacam macam tuntutan Inggeris terpaksa di tunaikan.Akhirnya satu persatu kuasa Raja di serah kepada penjajah.

Sejak pilihan raya yang pertama memang ada parti pembangkang.Tetapi semua parti pembangkang pada ketika itu berjuang atas parti masing masing dan mereka tidak membentuk gabungan yang nyata.Ini adalah kerana masing masing parti mempunyai ideologi dan falsafah yang sangat berbeza.PAS nak menegakkan Negara Islam cara mereka,DAP musuh Islam dengan konsep Malaysian Malaysia,Semangat 46 nak kembalikan UMNO asal dan Parti Sosialis dengan fahaman komunisma mereka.maka itu atas dasar mempertahankan ideologi dan falsafah masing masing,tidak berlaku pakatan tulin antara mereka.Sebab itu walau pun ada calun mereka yang menang tidaklah sampai menggugat kerajaan Barisan Nasional yang dunia tahu UMNO tunggak nya.pendik kata di terajui secara mutlak oleh pemimpin MELAYU,Perjuangannya adalah Agama,Bangsa dan Tanah Air.

Hari ini apa dah jadi dengan pemimpin pemimpin pembangkang Melayu yang Beragama Islam ?.Bermula dari terlepasnya Anuar Ibrahim dari penjara,hasil dari sifat baik hati mantan PM Tun Abdullah,gerakan membalas dendam pun di mulakan dengan menghalalkan semua cara melalui parti KEADILAN Rakyat.Dengan berfalsafahkan tuntutan Demokrasi tulin.membenarkan kebebasan mutlak,memusnahkan dominen Melayu yang boleh di tafsirkan sama seperti gagasan DAP ia itu Malaysian Malaysia.Mungkin pada Anuar itu cara terbaik bagi dirinya untuk berjaya menjadi PM.itu Anuar dan DAP punya hal.

Saya langsung tak terfikir bagaimana Pemimpin pemimpin PAS boleh masuk dalam perangkap ini.Cuba orang Melayu fikir,apa untungnya terhadap Agama ISLAM yang maha suci dengan masuknya PAS dalam Pakatan Rakyat.Sejauh mana ISLAM dapat di Martabatkan?.Mana ideologi dan falsafah PAS yang sejak dulu melaung laungkan Membangun Bersama Islam,menegakkan negara Islam.?.Akhirnya demi kepentingan pemimpin pemimpin PAS maka tercampak lah parti PAS bersama parti parti yang tak menyebut ISLAM dalam falsafah parti mereka.Tak ubah lah seperti apa yang terjadi terhadap sejarah Raja Ahmad yang menang tetapi kuasa tergadai.Maka jadilah Parti yang terpaksa di langkah mayatnya dulu sebelum tegak negara Islam sebagai abang kandung yang lebih kerkuasa selepas PKR.

Kalau benar kejujuran jadi pertimbangan dan persamaan menjadi asas perbincangan,maka lihat lah antara UMNO dan pas.UMNO perjuang AGAMA DAN BANGSA dan PAS nak menegakkan ISLAM.Agama yang di maksudkan oleh UMNO adalah ISLAM dan Bangsa pula adalah Melayu yang wajib beragama ISLAM.Maka kalaulah semua orang Melayu jujur dalam membuat pertimbangan,ambil lah ISLAM sebagai wadah perjuangan dan ISLAM itu ada dalam perjuangan UMNO dan PAS.UMNO parti dominen yang sedang berkuasa sedangkan PAS tersepit di antara PKR dan DAP.Orang Melayu dan umat Islam berfikirlah antara rumah milik kita yang masih tegak berdiri yang sedang di ancam oleh musuh musuh kita dengan rumah yang kini di kuasai oleh pakatan yang tidak membawa Islam bersama mereka.HIDUP MELAYU TEGAK ISLAM.

1 comment:

  1. masyarakat melayu tak jelas dengan 'agenda besar' bangsanya sendiri. melihat umno yang juga terkapai-kapai malah hampir lemas dalam memperjuangkan budaya bangsa Melayu. melihat pas yang terkeliru dengan nilai agama Islam dalam memperjuangkan bangsa sendiri. melihat ngo's atau pertubuhan cendiakawan yang seakan-akan tidak mahu menyentuh langsung isu bangsa dan survinalnya, bagaimana dan kepada siapa hendak diharapkan? lahirnya generasi kini yang terkeliru hasil buatan pemimpin-pemimpin yang 'sorong tarik' terhadap keutuhan bangsa melayu....

    ReplyDelete