Friday, September 4, 2009

APA DAH JADI PEMIMPIN MELAYU PKR..

(MERUJUK KEPADA SINAR HARIAN 01/09/2009 )
TUBUH PARTI SATUKAN SEMUA KAUM
RAKYAT PERLU TOLAK PARTI PERKAUMAN

Alangkah malangnya ada pemimpin melayu seperti Syamsul Iskandar (Ketua Angkatan Pemuda PKR) di dalam Negara Malaysia, di saat kita merayakan hari kemerdekaan. Saya nak bertanya apakah kenyataan beliau yang seolah-olah tidak mahu lagi hak-hak melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan dipertahankan itu datang dari lubuk hati dan perasaannya ataupun kenyataan itu datang dari seorang pemimpin PKR yang partinya itu mulai dikuasai falsafahnya oleh musuh-musuh melayu. Kalaulah itu benar hati dan perasaan beliau memang sudah tidak ada langsung cinta dan sayang terhadap bangsanya tidak salah saya tafsirkan beliau adalah juga pengkhianat bangsa.

Jangan gadaikan maruah dan kepentingan bangsa seperti yang telah terkandung dalam kontrak sosial yang telah dipersetujui oleh kaum cina dan india hanya kerana hendak mengejar populariti dalam politik.

Bermula daripada hasrat inggeris untuk menubuhkan Malayan union maka orang melayu mula sedar lalu mengadakan kongres melayu dan seterusnya menubuhkan UMNO di Istana Besar Johor Bahru dengan perjuangan untuk menolak Malayan Union. Dari situ wujud perasaan untuk menuntut kemerdekaan. Diminta oleh inggeris untuk menjaga keharmonian kaum, maka kontrak sosial dikemukakan dan dijadikan perlembagaan Negara. Sejak dahulu sehingga sekarang telah terbukti pemimpin dan parti melayu berjaya mentadbir dan memajukan Negara ini bersama-sama dengan kaum-kaum yang lain. Walaupun setiap kaum mempunyai parti dan siasah masing-masing. Mungkin orang seperti tidak belajar sejarah atau sudah lupa atau sudah benci.

Kenyataan Tian Chua Pengarah Strategik Parti Keadilan yang membuat komen terhadap kenyataan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyebut kita harus memusnahkan tembok pemisah antara kaum sememangnya telah diduga dan kita sangat faham apakah maksud tersirat oleh pemimpin PKR itu. Yang membawa maksud gagasan Malaysia Malaysia dilaksanakan di Negara kita.

Saya juga sedih dengan kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Saudara Khairul Anuar kalau saudara seorang yang dah hilang sensitiviti terhadap Islam biarlah saudara seorang sahaja, kalaupun hendak menjaga undi dari kaum India janganlah sampai menolak kehendak majority orang melayu agama beragama Islam dalam isu kepala lembu di Seksyen 23 Shah Alam. Saya bimbang akhir-akhir ini Nampak pemimpin PKR melayu mula hilang identity melayu mereka, fikirkanlah wahai bangsaku apa akan terjadi terhadap bangsa melayu suatu ketika nanti ?

No comments:

Post a Comment