Monday, July 26, 2010

DAP - ROAD TO SERI NEGERI

Pilhan Raya ke 12 telah pun berlalu selama 2 tahun lebih.Keputusan nya yang sangat mengejutkan semua pihak itu telah menjadi topic hangat sehingga kehari ini.Bermacam macam andaian,bermacam macam spekulasi serta berbagai reaksi dapat di lihat di hadapan mata kita.Kaji,selidik,posmotem serta pelbagai keadah sudah di buat untuk mencari sebab dan kesilapan kenapa Barisan Nasional mengalami kemerosotan yang sangat teruk.Pokok nya kita UMNO dan Barisan Nasional mesti dan terpaksa terima hakikat bahawa Parti kita sudah lemah dan semakin tidak di terima oleh pengundi lagi.

Dalam tempoh 2 tahun lebih ini juga UMNO dan BN mengorak langkah membina semula kekuatan dengan pelbagai agenda dan aktiviti kusus untuk menjuarai hati rakyat mudah mudahan hasilnya dapat di lihat pada PRU ke 13.Namun tidak ada tanda tanda besar yang boleh kita jadikan sebagai kayu pengukur bagi kita menyatakan bahawa sesungguhnya rakyat sudah kembali kepada Barisan Nasional.Dua sebab penting yang masih kekal menjadi penyebab mengapa BN lemah adalah pertama,perubahan sikap secara beragenda pengundi Cina meninggalkan MCA,Gerakan dan sekali gus Barisan Nasional.Kerana mereka berpendapat ini lah masa dan ketika peluang terbentang luas bagi kaum ini mengaut kuasa pilitik Negara.Mereka tahu bahawa perpecahan yang berlaku terhadap bangsa Melayu ini merupakan satu senjata kepada mereka untuk menolak penguasaan Bangsa Melayu terhadap politik tanah Air.DAP telah berjaya menjinakkan PAS yang perjuangannya hanya untuk menghancurkan UMNO,menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat bagi mendapat sedikit sokongan dari Pengundi Melayu.Sementara PKR pula akan bekerjasama dengan siapa saja asal mereka boleh membantu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sebagai bukti Pengerusi DAP negeri Melaka pernah dalam ucapannya membentangkan teori nya bagaimana Wakil Rakyat DAP boleh menjadi Ketua Menteri Melaka..Katanya DAP akan mengekalkan semua 5 kerusi yang telah mereka miliki,dia juga sangat yakin di atas bantuan PAS dan PKR untuk mempengaruhi pengundi Melayu, DAP akan rampas semua 4 kerusi yang telah di menangi MCA, dan Dia juga yakin di atas total swing pengundi Cina maka kerusi yang di miliki oleh MIC dan 5 lagi kerusi yang di miliki oleh UMNO dengan majority yang kecil atau peratus pengundi Melayu di bawah 60 peratus akan di menangi oleh calun PAS dan Melayu PKR..Jesteru itu DAP akan memiliki 9 kerusi PAS 3 dan PKR 3 kerusi.Melaka adalah negeri yang tak beraja ,maka tidak ada peruntukan yang mewajibkan orang Melayu jadi Ketua Menteri.Sudah tentulah DAP yang memiliki majority kerusi dalam Pakatan itu akan di lantik sebagai Ketua Menteri..Menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi.Seri Bendahara bukan lagi milik kita.Keputusan belah bagi tanah bukan lagi di tangan kita,akan tumbuh seperti cendawan dalam tempoh 5 tahun kawasan perumahan untuk orang Cina di bina dalam kawasan pinggir Bandar untuk di jadikan mejoriti pengundi mereka.5 tahun satu jangka masa yang panjang,berbagai perancangan akan mereka lakukan untuk mengekalkan kuasa..Saya bukan bersendiwara,bukan juga bermain dgn politik,tetapi jika kita tak berhati hati semua ini tidak mustahil akan terjadi,

Dan kedua cuba kita Tanya diri kita sendiri sebagai pemimpin dan Ahli UMNO apakah yang sudah dan sedang kita lakukan sejak pilihan raya umum ke 12.Sudahkah kita mendepani semua aktiviti masyarakat di cawangan kita?.Sudah kah, nilai nilai yang termaktub dalam NKRA bersemadi dalam diri kita.Sudah kah kita memahami Model Ekonomi Baru untuk kita berdepan dengan masyarakat?Sudah kah kita ubah semua sikap kita untuk menjadi pemimpin yang di senangi oleh orang Melayu.Bagaimana konsep satu Malaysia boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan orang Melayu bagi menghadapi saingan yang mungkin tiada sempadan lagi.?

Dalam keadaan rakan komponen kita terlalu lemah,tak mampu memberi saingan kepada DAP ,UMNO mesti mengorak langkah memenangi hati orang Melayu dengan falsafah KEMBALIKAN MELAYU KEPADA UMNO.Saya berpendapat jauh di sudut hati orang Melayu masih ada UMNO,mereka tahu PKR tak bawa apa apa keuntungan kepada bangsa Melayu dan mereka juga tahu PAS sedang menukar prinsip perjuangan Islam kepada sesuatu yang bersesuaian dengan perjuangan DAP dan PKR.Tak mungkin sama sekali DAP akan akur dengan Negara Islam PAS.Kenapa Lim Kit Siang tidak menegur Karpal yang menolak Negara Islam,di mana pendirian Anwar dalam hal ini?.Gunakan semua senjata ini untuk buktikan keikhlasan dan kesungguhan UMNO dalam membela dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan tanah Ayer.

PRU 13 sudah tak lama lagi,pastikan hujung tahun ini kita sudah kenal pasti pengundi kita,gerakkan K 10,rancang dan laksanakan group meeting yang lebih terarah dan bersistematik.Saya yakin UMNO boleh laku kannya.Marilah kita bingkas bangun,rapatkan saf,teruskan perjuangan.Saya yakin dan percaya Melaka akan tetap kekal sebagai kubu kuat UMNO dan BARISAN NASIONAL.

HANG TUAH PAHLAWAN TERBILANG
BUNUH JEBAT KERANA RAJA
UMNO TAK KAN KECUNDANG
SELAGI BERJUANG MEMBELA BANGSA

Tuesday, June 15, 2010

TIADA ADA TIADA

Teringat sebuah sajak yang merungkai naluri kehidupan maknusia.menyingkap budaya dan perangai orang Melayu,tak mungkin semua.muga dapat kita fikirkan bersama.

DARI TIADA INGIN ADA
BILA ADA INGIN BERADA
SUDAH BERADA,MENGADA NGADA
SEHINGGALAH KEMBALI TIADA.

Bila Melayu sudah kehilangan apa yang sedang di nikmati baru lah menjerit jerit HIDUP MELAYU!

Sunday, May 16, 2010

Akibat berkasih pada yang tak sudi.

Melihat kepada keputusan PRK Sibu,jelas membuktikan pengundi Cina tetap dengan pendirian mereka menyokong pembangkang lebih lebih lagi calun DAP.Pemimpin MCA dan Gerakan tak payah lagi menuding jari nak menyalahkan Perkasa lah,pasal isu itu, isu ini dan bermacam macam lagi alasan untuk menyatakan kelemahan ini di sebabkan oleh UMNO yang di tuduh masih mempunyai sikap perkauman.Wal hal kita tak nampak keseriusan pemimpin MCA dan Gerakan memberi penjelasan tentang amalan BN dalam konteks kontrak sosial malah jauh sekali mempertahankannya.Mereka juga sama seperti DAP dalam memperjuangkan kepentingan Bangsa mereka.
Yang tak serik serik PM kita,kena tipu di Hulu Selangor dengan berjuta peruntukan untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi tetap kepada pembangkang ,di Sibu kena tipu lagi berlipat ganda peruntukan (RM18 juta) di beri untuk kepentingan masyarakat Cina namun undi mereka tetap kepada DAP.Hidung tak mangcung pipi tersorong sorong.Orang dah benci kita,dah tak sokong kita dan sedang berusaha keras memujuk orang Melayu hanyut tak sedar dik untung bersekongkol dengan puak2 Cina ni untuk jatuhkan pimpinan UMNO.Kenapa kita masih tak sedar ,Kenapa nak berkasih lagi pada orang yang dah tak sudi.Apa guna kita berbelanja sekian banyak wang sedangkan ianya bagaikan mencurah air di daun keladi.Mereka banyak wang,mereka boleh biaya apa saja untuk kepentingan masyarakat mereka,mereka dah tak perlukan UMNO dan BN lagi.Selagi Anwar dan orang Melayu seperti Anwar masih hidup dan terus berjuang dan berjanji untuk menaikkan kuasa pemimpin2 Cina,menghapuskan hak orang Melayu,memperjuangkan konsep DAP (Malaysian Malaysia) selagi itulah jangan mimpi orang cina nak sokong BN sehingga BN mengikut saja kehendak mereka agar Cina diberi sama hak dan taraf dengan orang Melayu.

Alang alang mandi biar basah,menyelok perkasam biar sampai kepangkal lengan,adat berjuang biar mati di medan perang,maskipun mati biar lah mati bermaruah.Dari pada semua calun MCA dan Gerakan kalah di kawasan mejoriti pengundi Cina biarlah mereka langsung tak ada wakil dalam BN.Kita desak berikan saja semua kawasan pilihan raya mejori orang Melayu kepada calun UMNO.Kalau orang Cina nakkan pemimpin mereka dalam kerajaan mereka terpaksa beri kemenangan kepada calun MCA dan Gerakan yang bertanding di kawasan mejoriti pengundi mereka.

Kembalikan semula semangat orang Melayu kepada UMNO ,bangkitkan semula semangat DEB,laungkan pasal 3,152 dan 153 agar perjuangan UMNO untuk membela nasib orang Melayu benar benar di rasai dalam jiwa orang Melayu.Perkukuhkan kedudukan raja raja Melayu.Kalau perlu bawa PAS bersama perjuangan ini.

BERKASIHLAH PADA YANG SUDI.

Akibat berkasih pada yang tak sudi.

Sunday, April 25, 2010

P 94 MERUNGKAI KEPEDIHAN DALAM KEMENANGAN

Tahniah di ucapkan di atas kemenangan Calun BN Kamalanathan yang menewaskan calun PKR Dato' Zaid Ibrahim dengan mejoriti 1,725 undi.Tahniah dan syabas kepada PM,TPM serta seluruh jentera BN yang bermatian bekerja untuk memenangkan calun BN.

Pertambahan sokongan pengundi India kepada BN memang sudah di duga lantaran calun BN adalah Kamalanathan yg sebangsa dengan mereka.Namun dalm perjalanan saya masih terlihat anak anak muda India yg sibuk menaikan poster,bena dan gambar besar Dato' Zaid di pekan pekan kecil yang saya lalui.sekali gus menunjuk masih terdapat pengundi India yang tidak menyokong BN walaupun BN meletakkan seorang yang berbangsa India (MIC) sebagai calun.

Malangnya BN telah kehilangan 4,000 undi daripada pengundi Cina berbanding PRU 12,semua peti undi mejoriti kaum cina BN mengalami kekalahan yang sangat teruk .Ini membuktikan kepada kita masyarakat cina telah nekad dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap pembangkang walaupun PKR meletakkan calun Melayu.Peruntukan,projek,masaalah dalam MCA dan keturunan calun tidak menjadi faktor yang boleh merubah pendirian pengundi Cina.Berjuta Peruntukan serta janji projek untuk kepentingan kawasan dan masyarakat Cina yang di umum kan oleh PM langsung tak dapat mengubah pendirian mereka.Kemerosotan undi Cina ini seolah olah satu ejekan dan penghinaan kepada PM yang di ibaratkan seperti mencurah air kedaun keladi.

Melihat kepada peluang dari kemelut politik orang orang Melayu maka bangsa Cina sudah bergerak mahukan kuasa dalam kerajaan atau menguasai kepimpinan sekaligus boleh menentukan dasar dasar yang di buat oleh kerajaan.Selagi Anwar,Khalid dan Zaid(IBRAHIM) bersetuju melaksanakan tuntutan hak sama rata (Malaysian Malaysia) yang di perjuangkan oleh DAP selagi itulah jangan mimpi lah BN boleh dapat sokongan kaum Cina.Wayang MCA dan Gerakan sudah semakin ketara.Wajarkah janji PM peruntukan RM3 juta kepada sekolah Cina itu di tunaikan?.

Kesian tengok orang Melayu berkorban,berkorban,berkorban,tak kesah walaupun calun berbangsa India tetap juga berjuang sehingga bertambah 6,000 undi kepada BN.Isu masjid atau kuil langsung tak boleh merubah pendirian pengundi Melayu yang akur dengan kepimpinan UMNO yang meletakkan India sebagai calun BN. Mungkin mereka tak sedar semakin hari semakin mereka kehilangan tempat berpaut.Pucuk pimpinan berhempas pulas nak memenuhi tuntutan kaum Cina,satu demi satu hak bangsa Melayu di tarik balik.Selagi kaum Cina tak menyokong BN selagi itu pucuk pimpinan UMNO mencari apalagi hak orang Melayu yang boleh di hapuskan.

Salah satu prinsip 1 Malaysia (Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan) adalah memaksa orang Melayu menerima amalan MERITOKRASI yang membawa pengertian sesuatu peluang yg di ujudkan kerajaan hendaklah di rebut dan pilihan hanya berpaksikan kepada kebolehan,kekuatan,pencapaian dan kecekapan tanpa mengira bangsa dan keturunan.Akhirnya Perlembagaan yang di laungkan hanya menjadi Muzium untuk di lawati.Sementara Orang cina menolak BN atas alasan mereka mahu menghapuskan pasal 152 dan 153 perlindungan dan keistimewaan terhadap bangsa Melayu ,Pemimpin kita pula semakin kurang minat untuk mempertahankannya.Ingatlah Kalau bukan kerana pengundi Melayu tak mungkin BN menang.JANGANLAH BUAT SAMPAI ORANG MELAYU TERLALU KECIWA.........

Tulisan ini berdasarkan seminggu saya sebagai penceramah BN di Bkt Sentosa dan Bakawali,serta keikhlasan saya sebagai aktivis dan pejuang UMNO.Maaf andai saya terlalu ber emosi.

Sunday, April 18, 2010

Delima PAS P 094

Apabila Zaid Ibrahim di calunkan oleh PKR sebagai calun Pakatan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor maka bermacam macam spekulasi dan andaian di buat sebagai mengisi ruang fikir untuk seluruh rakyat terutamanya pengundi pengundi di Parlimen Hulu Selangor.Prinsip dan falsafah perjuangan Parti seakan akan tidak popular lagi kerana soal Calun calun yg bertanding telah menjadi fokus utama.

Bagi BN tidak ada apa yang pelik kerana konsep perkongsian kuasa dengan semua kaum yg bernaung di bawah BN melalui Parti parti yg mewakili kaum masing masing telah secara tradisinya memberi kepercayaan kepada calun MIC Kamalanathan untuk mewakili BN bagi kawasan P 094 .Ianya telah pun menjadi amalan lebih dari 4 kali pilihan raya umum.Sudah pasti prinsip dan falsafah perjuangan BN yang di tunjangi oleh UMNO akan terus di junjung .Perlembagaan Negara serta Rukun negara menjadi panduan dan rujukan dalam mentadbir Kerajaan dan rakyat. djunjung.

Sebaliknya memilih Zaid Ibrahim sebagai calun PR menimbulkan seribu tanda tanya.Saya berpendapat bagi mengekalkan calun PKR Melayu mewakili PR,DAP memainkan peranan mencadangkan Zaid kerana Lim Kit Siang tahu bahawa Zaid adalah satu satunya Pemimpin Melayu yang berfikiran sama seperti falsafah Malaysian Malaysia DAP.Zaid adalah pejuang Liberalisasi,menentang perlaksanaan Hudud di Kelantan melalui mahkamah,merupakan seorang anti-hadis,mendesak dan berjuang untuk mengujudkan Suruhan jaya antara Agama (IFC),bersetuju supaya artikel 121 1a(hak mutlak mahkamah syariah yg tak boleh di cabar oleh mana mana mahkamah lain) di kaji untuk di mansuhkan,mempertahankan murtad,menolak DEB,berjuang untuk hapuskan ISA dan banyak lagi hal hal yang merugikan dan melemahkan bangsa Melayu dan Agama Islam.

Anwar Ibrahim terpaksa menerima cadangan DAP itu kerana mahukan sokongan daripada pengundi pengundi Cina dan India .Beliau sangat bimbang kerana calun BN adalah India yang boleh mempengaruhi pengundi pengundi bukan Melayu kepada BN.Saya percaya Anwar dan DAP akan menjelaskan kepada masyarakat cina dan India, siapa Zaid dan perjuangannya yang sama seperti perjuangan DAP (Hak sama rata) bagi bagi meyakinkan mereka bahawa Zaid tidak membawa perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam.

Pada masyarakat Melayu Anwar dan kuncu kuncu Melayu hanyut PKR akan membawa sentimen Zaid adalah Melayu ,seharusnyalah pengundi Melayu memberikan undi kepada calun Melayu daripada calun BN yang bukan Melayu.Ini lah satu penipuan Anwar terhadap pengundi Melayu yang jelas memperbodohkan orang Melayu bagi merialisasikan cita cita nya untuk menjadi PM.Sedangkan semua tahu bahawa Kamalanathan hanyalah wakil kepada BN yang di tunjangi oleh UMNO yang tetap mempertahan Perlembagaan Negara,Islam sebagai Agama bagi Negara,orang Melayu mempunyai hak keistimewaan sebagai peri bumi serta mempertahankan istitusi Raja Raja Melayu.

Yang saya tak boleh fikir kenapa PAS boleh sama sama bersekongkol dengan petualang bangsa dan Agama Islam nak mengangkat orang seperti Zaid menjadi pemimpin ?.Tidak kah PAS terfikir akan apa yang telah Zaid lakukan sebelum ini?.Saya belum dengar Kamalanathan menghina Islam dan menghina bangsa Melayu malahan pengistiharan Malaysia sebagai Negara Islam turut di persetujui oleh MIC.

Orang Melayu PKR biarlah kerana Melayu hanyut jenis ini sudah hilang rasa kasihnya dan sensitiviti mereka terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam.Mereka telah hayal di dendangkan dengan UMNO rasuah dan kroni sehingga agenda besar bagi pertahan bangsa dan Agama di tolak begitu saja.Hanya kepada Ahli ahli PAS dan penyokong PAS serta semua pengundi Melayu,berfikirlah dengan sebaik mungkin untuk Agama,Bangsa dan Negara.Berilah undi Tuan tuan,puan puan serta saudara dan saudari kepada CALUN BARISAN NASIONAL (BN).