Sunday, April 18, 2010

Delima PAS P 094

Apabila Zaid Ibrahim di calunkan oleh PKR sebagai calun Pakatan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor maka bermacam macam spekulasi dan andaian di buat sebagai mengisi ruang fikir untuk seluruh rakyat terutamanya pengundi pengundi di Parlimen Hulu Selangor.Prinsip dan falsafah perjuangan Parti seakan akan tidak popular lagi kerana soal Calun calun yg bertanding telah menjadi fokus utama.

Bagi BN tidak ada apa yang pelik kerana konsep perkongsian kuasa dengan semua kaum yg bernaung di bawah BN melalui Parti parti yg mewakili kaum masing masing telah secara tradisinya memberi kepercayaan kepada calun MIC Kamalanathan untuk mewakili BN bagi kawasan P 094 .Ianya telah pun menjadi amalan lebih dari 4 kali pilihan raya umum.Sudah pasti prinsip dan falsafah perjuangan BN yang di tunjangi oleh UMNO akan terus di junjung .Perlembagaan Negara serta Rukun negara menjadi panduan dan rujukan dalam mentadbir Kerajaan dan rakyat. djunjung.

Sebaliknya memilih Zaid Ibrahim sebagai calun PR menimbulkan seribu tanda tanya.Saya berpendapat bagi mengekalkan calun PKR Melayu mewakili PR,DAP memainkan peranan mencadangkan Zaid kerana Lim Kit Siang tahu bahawa Zaid adalah satu satunya Pemimpin Melayu yang berfikiran sama seperti falsafah Malaysian Malaysia DAP.Zaid adalah pejuang Liberalisasi,menentang perlaksanaan Hudud di Kelantan melalui mahkamah,merupakan seorang anti-hadis,mendesak dan berjuang untuk mengujudkan Suruhan jaya antara Agama (IFC),bersetuju supaya artikel 121 1a(hak mutlak mahkamah syariah yg tak boleh di cabar oleh mana mana mahkamah lain) di kaji untuk di mansuhkan,mempertahankan murtad,menolak DEB,berjuang untuk hapuskan ISA dan banyak lagi hal hal yang merugikan dan melemahkan bangsa Melayu dan Agama Islam.

Anwar Ibrahim terpaksa menerima cadangan DAP itu kerana mahukan sokongan daripada pengundi pengundi Cina dan India .Beliau sangat bimbang kerana calun BN adalah India yang boleh mempengaruhi pengundi pengundi bukan Melayu kepada BN.Saya percaya Anwar dan DAP akan menjelaskan kepada masyarakat cina dan India, siapa Zaid dan perjuangannya yang sama seperti perjuangan DAP (Hak sama rata) bagi bagi meyakinkan mereka bahawa Zaid tidak membawa perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam.

Pada masyarakat Melayu Anwar dan kuncu kuncu Melayu hanyut PKR akan membawa sentimen Zaid adalah Melayu ,seharusnyalah pengundi Melayu memberikan undi kepada calun Melayu daripada calun BN yang bukan Melayu.Ini lah satu penipuan Anwar terhadap pengundi Melayu yang jelas memperbodohkan orang Melayu bagi merialisasikan cita cita nya untuk menjadi PM.Sedangkan semua tahu bahawa Kamalanathan hanyalah wakil kepada BN yang di tunjangi oleh UMNO yang tetap mempertahan Perlembagaan Negara,Islam sebagai Agama bagi Negara,orang Melayu mempunyai hak keistimewaan sebagai peri bumi serta mempertahankan istitusi Raja Raja Melayu.

Yang saya tak boleh fikir kenapa PAS boleh sama sama bersekongkol dengan petualang bangsa dan Agama Islam nak mengangkat orang seperti Zaid menjadi pemimpin ?.Tidak kah PAS terfikir akan apa yang telah Zaid lakukan sebelum ini?.Saya belum dengar Kamalanathan menghina Islam dan menghina bangsa Melayu malahan pengistiharan Malaysia sebagai Negara Islam turut di persetujui oleh MIC.

Orang Melayu PKR biarlah kerana Melayu hanyut jenis ini sudah hilang rasa kasihnya dan sensitiviti mereka terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam.Mereka telah hayal di dendangkan dengan UMNO rasuah dan kroni sehingga agenda besar bagi pertahan bangsa dan Agama di tolak begitu saja.Hanya kepada Ahli ahli PAS dan penyokong PAS serta semua pengundi Melayu,berfikirlah dengan sebaik mungkin untuk Agama,Bangsa dan Negara.Berilah undi Tuan tuan,puan puan serta saudara dan saudari kepada CALUN BARISAN NASIONAL (BN).

No comments:

Post a Comment