Monday, July 26, 2010

DAP - ROAD TO SERI NEGERI

Pilhan Raya ke 12 telah pun berlalu selama 2 tahun lebih.Keputusan nya yang sangat mengejutkan semua pihak itu telah menjadi topic hangat sehingga kehari ini.Bermacam macam andaian,bermacam macam spekulasi serta berbagai reaksi dapat di lihat di hadapan mata kita.Kaji,selidik,posmotem serta pelbagai keadah sudah di buat untuk mencari sebab dan kesilapan kenapa Barisan Nasional mengalami kemerosotan yang sangat teruk.Pokok nya kita UMNO dan Barisan Nasional mesti dan terpaksa terima hakikat bahawa Parti kita sudah lemah dan semakin tidak di terima oleh pengundi lagi.

Dalam tempoh 2 tahun lebih ini juga UMNO dan BN mengorak langkah membina semula kekuatan dengan pelbagai agenda dan aktiviti kusus untuk menjuarai hati rakyat mudah mudahan hasilnya dapat di lihat pada PRU ke 13.Namun tidak ada tanda tanda besar yang boleh kita jadikan sebagai kayu pengukur bagi kita menyatakan bahawa sesungguhnya rakyat sudah kembali kepada Barisan Nasional.Dua sebab penting yang masih kekal menjadi penyebab mengapa BN lemah adalah pertama,perubahan sikap secara beragenda pengundi Cina meninggalkan MCA,Gerakan dan sekali gus Barisan Nasional.Kerana mereka berpendapat ini lah masa dan ketika peluang terbentang luas bagi kaum ini mengaut kuasa pilitik Negara.Mereka tahu bahawa perpecahan yang berlaku terhadap bangsa Melayu ini merupakan satu senjata kepada mereka untuk menolak penguasaan Bangsa Melayu terhadap politik tanah Air.DAP telah berjaya menjinakkan PAS yang perjuangannya hanya untuk menghancurkan UMNO,menjadi rakan dalam Pakatan Rakyat bagi mendapat sedikit sokongan dari Pengundi Melayu.Sementara PKR pula akan bekerjasama dengan siapa saja asal mereka boleh membantu Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.

Sebagai bukti Pengerusi DAP negeri Melaka pernah dalam ucapannya membentangkan teori nya bagaimana Wakil Rakyat DAP boleh menjadi Ketua Menteri Melaka..Katanya DAP akan mengekalkan semua 5 kerusi yang telah mereka miliki,dia juga sangat yakin di atas bantuan PAS dan PKR untuk mempengaruhi pengundi Melayu, DAP akan rampas semua 4 kerusi yang telah di menangi MCA, dan Dia juga yakin di atas total swing pengundi Cina maka kerusi yang di miliki oleh MIC dan 5 lagi kerusi yang di miliki oleh UMNO dengan majority yang kecil atau peratus pengundi Melayu di bawah 60 peratus akan di menangi oleh calun PAS dan Melayu PKR..Jesteru itu DAP akan memiliki 9 kerusi PAS 3 dan PKR 3 kerusi.Melaka adalah negeri yang tak beraja ,maka tidak ada peruntukan yang mewajibkan orang Melayu jadi Ketua Menteri.Sudah tentulah DAP yang memiliki majority kerusi dalam Pakatan itu akan di lantik sebagai Ketua Menteri..Menangis air mata darah sudah tidak berguna lagi.Seri Bendahara bukan lagi milik kita.Keputusan belah bagi tanah bukan lagi di tangan kita,akan tumbuh seperti cendawan dalam tempoh 5 tahun kawasan perumahan untuk orang Cina di bina dalam kawasan pinggir Bandar untuk di jadikan mejoriti pengundi mereka.5 tahun satu jangka masa yang panjang,berbagai perancangan akan mereka lakukan untuk mengekalkan kuasa..Saya bukan bersendiwara,bukan juga bermain dgn politik,tetapi jika kita tak berhati hati semua ini tidak mustahil akan terjadi,

Dan kedua cuba kita Tanya diri kita sendiri sebagai pemimpin dan Ahli UMNO apakah yang sudah dan sedang kita lakukan sejak pilihan raya umum ke 12.Sudahkah kita mendepani semua aktiviti masyarakat di cawangan kita?.Sudah kah, nilai nilai yang termaktub dalam NKRA bersemadi dalam diri kita.Sudah kah kita memahami Model Ekonomi Baru untuk kita berdepan dengan masyarakat?Sudah kah kita ubah semua sikap kita untuk menjadi pemimpin yang di senangi oleh orang Melayu.Bagaimana konsep satu Malaysia boleh menjadi pemangkin kepada perpaduan orang Melayu bagi menghadapi saingan yang mungkin tiada sempadan lagi.?

Dalam keadaan rakan komponen kita terlalu lemah,tak mampu memberi saingan kepada DAP ,UMNO mesti mengorak langkah memenangi hati orang Melayu dengan falsafah KEMBALIKAN MELAYU KEPADA UMNO.Saya berpendapat jauh di sudut hati orang Melayu masih ada UMNO,mereka tahu PKR tak bawa apa apa keuntungan kepada bangsa Melayu dan mereka juga tahu PAS sedang menukar prinsip perjuangan Islam kepada sesuatu yang bersesuaian dengan perjuangan DAP dan PKR.Tak mungkin sama sekali DAP akan akur dengan Negara Islam PAS.Kenapa Lim Kit Siang tidak menegur Karpal yang menolak Negara Islam,di mana pendirian Anwar dalam hal ini?.Gunakan semua senjata ini untuk buktikan keikhlasan dan kesungguhan UMNO dalam membela dan memperjuangkan Agama, Bangsa dan tanah Ayer.

PRU 13 sudah tak lama lagi,pastikan hujung tahun ini kita sudah kenal pasti pengundi kita,gerakkan K 10,rancang dan laksanakan group meeting yang lebih terarah dan bersistematik.Saya yakin UMNO boleh laku kannya.Marilah kita bingkas bangun,rapatkan saf,teruskan perjuangan.Saya yakin dan percaya Melaka akan tetap kekal sebagai kubu kuat UMNO dan BARISAN NASIONAL.

HANG TUAH PAHLAWAN TERBILANG
BUNUH JEBAT KERANA RAJA
UMNO TAK KAN KECUNDANG
SELAGI BERJUANG MEMBELA BANGSA