Sunday, April 25, 2010

P 94 MERUNGKAI KEPEDIHAN DALAM KEMENANGAN

Tahniah di ucapkan di atas kemenangan Calun BN Kamalanathan yang menewaskan calun PKR Dato' Zaid Ibrahim dengan mejoriti 1,725 undi.Tahniah dan syabas kepada PM,TPM serta seluruh jentera BN yang bermatian bekerja untuk memenangkan calun BN.

Pertambahan sokongan pengundi India kepada BN memang sudah di duga lantaran calun BN adalah Kamalanathan yg sebangsa dengan mereka.Namun dalm perjalanan saya masih terlihat anak anak muda India yg sibuk menaikan poster,bena dan gambar besar Dato' Zaid di pekan pekan kecil yang saya lalui.sekali gus menunjuk masih terdapat pengundi India yang tidak menyokong BN walaupun BN meletakkan seorang yang berbangsa India (MIC) sebagai calun.

Malangnya BN telah kehilangan 4,000 undi daripada pengundi Cina berbanding PRU 12,semua peti undi mejoriti kaum cina BN mengalami kekalahan yang sangat teruk .Ini membuktikan kepada kita masyarakat cina telah nekad dalam apa keadaan sekali pun mereka tetap pembangkang walaupun PKR meletakkan calun Melayu.Peruntukan,projek,masaalah dalam MCA dan keturunan calun tidak menjadi faktor yang boleh merubah pendirian pengundi Cina.Berjuta Peruntukan serta janji projek untuk kepentingan kawasan dan masyarakat Cina yang di umum kan oleh PM langsung tak dapat mengubah pendirian mereka.Kemerosotan undi Cina ini seolah olah satu ejekan dan penghinaan kepada PM yang di ibaratkan seperti mencurah air kedaun keladi.

Melihat kepada peluang dari kemelut politik orang orang Melayu maka bangsa Cina sudah bergerak mahukan kuasa dalam kerajaan atau menguasai kepimpinan sekaligus boleh menentukan dasar dasar yang di buat oleh kerajaan.Selagi Anwar,Khalid dan Zaid(IBRAHIM) bersetuju melaksanakan tuntutan hak sama rata (Malaysian Malaysia) yang di perjuangkan oleh DAP selagi itulah jangan mimpi lah BN boleh dapat sokongan kaum Cina.Wayang MCA dan Gerakan sudah semakin ketara.Wajarkah janji PM peruntukan RM3 juta kepada sekolah Cina itu di tunaikan?.

Kesian tengok orang Melayu berkorban,berkorban,berkorban,tak kesah walaupun calun berbangsa India tetap juga berjuang sehingga bertambah 6,000 undi kepada BN.Isu masjid atau kuil langsung tak boleh merubah pendirian pengundi Melayu yang akur dengan kepimpinan UMNO yang meletakkan India sebagai calun BN. Mungkin mereka tak sedar semakin hari semakin mereka kehilangan tempat berpaut.Pucuk pimpinan berhempas pulas nak memenuhi tuntutan kaum Cina,satu demi satu hak bangsa Melayu di tarik balik.Selagi kaum Cina tak menyokong BN selagi itu pucuk pimpinan UMNO mencari apalagi hak orang Melayu yang boleh di hapuskan.

Salah satu prinsip 1 Malaysia (Rakyat di dahulukan dan Pencapaian di utamakan) adalah memaksa orang Melayu menerima amalan MERITOKRASI yang membawa pengertian sesuatu peluang yg di ujudkan kerajaan hendaklah di rebut dan pilihan hanya berpaksikan kepada kebolehan,kekuatan,pencapaian dan kecekapan tanpa mengira bangsa dan keturunan.Akhirnya Perlembagaan yang di laungkan hanya menjadi Muzium untuk di lawati.Sementara Orang cina menolak BN atas alasan mereka mahu menghapuskan pasal 152 dan 153 perlindungan dan keistimewaan terhadap bangsa Melayu ,Pemimpin kita pula semakin kurang minat untuk mempertahankannya.Ingatlah Kalau bukan kerana pengundi Melayu tak mungkin BN menang.JANGANLAH BUAT SAMPAI ORANG MELAYU TERLALU KECIWA.........

Tulisan ini berdasarkan seminggu saya sebagai penceramah BN di Bkt Sentosa dan Bakawali,serta keikhlasan saya sebagai aktivis dan pejuang UMNO.Maaf andai saya terlalu ber emosi.

Sunday, April 18, 2010

Delima PAS P 094

Apabila Zaid Ibrahim di calunkan oleh PKR sebagai calun Pakatan dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor maka bermacam macam spekulasi dan andaian di buat sebagai mengisi ruang fikir untuk seluruh rakyat terutamanya pengundi pengundi di Parlimen Hulu Selangor.Prinsip dan falsafah perjuangan Parti seakan akan tidak popular lagi kerana soal Calun calun yg bertanding telah menjadi fokus utama.

Bagi BN tidak ada apa yang pelik kerana konsep perkongsian kuasa dengan semua kaum yg bernaung di bawah BN melalui Parti parti yg mewakili kaum masing masing telah secara tradisinya memberi kepercayaan kepada calun MIC Kamalanathan untuk mewakili BN bagi kawasan P 094 .Ianya telah pun menjadi amalan lebih dari 4 kali pilihan raya umum.Sudah pasti prinsip dan falsafah perjuangan BN yang di tunjangi oleh UMNO akan terus di junjung .Perlembagaan Negara serta Rukun negara menjadi panduan dan rujukan dalam mentadbir Kerajaan dan rakyat. djunjung.

Sebaliknya memilih Zaid Ibrahim sebagai calun PR menimbulkan seribu tanda tanya.Saya berpendapat bagi mengekalkan calun PKR Melayu mewakili PR,DAP memainkan peranan mencadangkan Zaid kerana Lim Kit Siang tahu bahawa Zaid adalah satu satunya Pemimpin Melayu yang berfikiran sama seperti falsafah Malaysian Malaysia DAP.Zaid adalah pejuang Liberalisasi,menentang perlaksanaan Hudud di Kelantan melalui mahkamah,merupakan seorang anti-hadis,mendesak dan berjuang untuk mengujudkan Suruhan jaya antara Agama (IFC),bersetuju supaya artikel 121 1a(hak mutlak mahkamah syariah yg tak boleh di cabar oleh mana mana mahkamah lain) di kaji untuk di mansuhkan,mempertahankan murtad,menolak DEB,berjuang untuk hapuskan ISA dan banyak lagi hal hal yang merugikan dan melemahkan bangsa Melayu dan Agama Islam.

Anwar Ibrahim terpaksa menerima cadangan DAP itu kerana mahukan sokongan daripada pengundi pengundi Cina dan India .Beliau sangat bimbang kerana calun BN adalah India yang boleh mempengaruhi pengundi pengundi bukan Melayu kepada BN.Saya percaya Anwar dan DAP akan menjelaskan kepada masyarakat cina dan India, siapa Zaid dan perjuangannya yang sama seperti perjuangan DAP (Hak sama rata) bagi bagi meyakinkan mereka bahawa Zaid tidak membawa perjuangan bangsa Melayu dan agama Islam.

Pada masyarakat Melayu Anwar dan kuncu kuncu Melayu hanyut PKR akan membawa sentimen Zaid adalah Melayu ,seharusnyalah pengundi Melayu memberikan undi kepada calun Melayu daripada calun BN yang bukan Melayu.Ini lah satu penipuan Anwar terhadap pengundi Melayu yang jelas memperbodohkan orang Melayu bagi merialisasikan cita cita nya untuk menjadi PM.Sedangkan semua tahu bahawa Kamalanathan hanyalah wakil kepada BN yang di tunjangi oleh UMNO yang tetap mempertahan Perlembagaan Negara,Islam sebagai Agama bagi Negara,orang Melayu mempunyai hak keistimewaan sebagai peri bumi serta mempertahankan istitusi Raja Raja Melayu.

Yang saya tak boleh fikir kenapa PAS boleh sama sama bersekongkol dengan petualang bangsa dan Agama Islam nak mengangkat orang seperti Zaid menjadi pemimpin ?.Tidak kah PAS terfikir akan apa yang telah Zaid lakukan sebelum ini?.Saya belum dengar Kamalanathan menghina Islam dan menghina bangsa Melayu malahan pengistiharan Malaysia sebagai Negara Islam turut di persetujui oleh MIC.

Orang Melayu PKR biarlah kerana Melayu hanyut jenis ini sudah hilang rasa kasihnya dan sensitiviti mereka terhadap bangsa Melayu dan Agama Islam.Mereka telah hayal di dendangkan dengan UMNO rasuah dan kroni sehingga agenda besar bagi pertahan bangsa dan Agama di tolak begitu saja.Hanya kepada Ahli ahli PAS dan penyokong PAS serta semua pengundi Melayu,berfikirlah dengan sebaik mungkin untuk Agama,Bangsa dan Negara.Berilah undi Tuan tuan,puan puan serta saudara dan saudari kepada CALUN BARISAN NASIONAL (BN).

Delima PAS P 094