Sunday, November 29, 2009

SI KADUK DAH NAIK JUNJUNG

Sejak dulu lagi kita sering di kejutkan dengan isu isu yang menggores hati orang Melayu.Namum setiap kali ianya berlaku,pasti ada jalan penyelesaian,samaada cara sihat mahu pun cara tak sihat.Kesemua peristiwa yang melibatkan kaum dapat di selesaikan dengan berpaksikan Perlembagaan Negara yang menyebabkan akhirnya Mereka tunduk dengan keputusan Kerajaan yang di terajui oleh UMNO.

Bermula dengan peristiwa Pemimpin DAP menghalau Orang Melayu Keluar daripada Kuala Lumpur,pada peristiwa 13 Mei 69,setelah mereka memenangi mejoriti kerusi kerusi pilihan raya pada tahun itu.Datuk Harun Idris menjadi wira berjuang mempertahan martabat melayu.Rusuhan kaum berlaku,ribuan orang melayu dan orang Cina mati.Askar Melayu di beri kuasa oleh Yang Di Pertuan Agong mengawal darurat yang di kenakan keatas Rakyat.Kerajaan Mageran di tubuh dan akhirnya di serah balik kepada pemerintahan Perikatan yang di terajui oleh UMNO.Allahyarham Tun Razak dengan tegas Mengujudkan DEB,menstrukturkan semula masyarakat agar orang Melayu di anjakan taraf hidup mereka kepada jurang yang semakin kecil dengan orang Cina.Semua rakyat berbilang kaum akur dan terima walaupun ada yang terima tanpa kerelaan mereka.Kepemimpinan Melayu kembali kukuh dgn masuknya PAS kedalam BN.Negara kembali aman.

Lim Kim Sai,semasa menjadi Ketua Pemuda MCA pernah cabar Hak Orang Melayu,sehingga Dato Najib Ketua Pemuda UMNO ketika itu rancang nak himpun 100 ribu Pemuda Melayu di padang TPCA untuk mempertahan hak Melayu,akhirnya isu ini di selesai secara perundingan kerana muafakat dalam BN.Agenda Melayu di teruskan kerana UMNO masih kukuh sebagai tunjang kepada BN.

Persatuan Don Zua Dong dan Su Que pernah tuntut kerajaan menggugurkan 17 perkara dalam Perlembagaan Malaysia yang melindungi hak Melayu.Hampir hampir mencetuskan pergaduhan kaum ,sekali lagi ianya dapat di selesaikan oleh Dr Mahadhir kerana UMNO masih kukuh dalam menerajui BN.

Ingat 9 menteri bukan Melayu pernah tanda tangan memorendum supaya artikal 121 1(a) di rombak agar kes mahkamah syariah boleh di atasi oleh mahkamah sivil?.pun selesai dengan mengekalkan artikel itu yang memberi kuasa mutlak kepada mahkamah syariah dan tidak boleh di cabar,di ulang bicara oleh mana mana mahkamah lain.Kerana UMNO masih mendomonasi kepimpinan dalam BN.

Persoalannya Tidak ada seorang pun Pemimpin Cina samada MCA,Gerakan mahupun DAP yg benar benar ikhlas dan jujur mempertahankan Perlembagaan Negara melainkan mereka terpaksa akur dengan KEKUATAN UMNO sebagai parti Melayu yang mempunyai kuasa memerintah negara.

Lihat sekarang apabila UMNO agak lemah,suara suara kurang ajar Lim Kit Siang dan kuncu kuncunya sudah mula kedengaran tanpa memperdulikan sensitiviti orang Melayu.malah Raja raja juga sudah menjadi bahan pertikaian.Siapa yang boleh menegur mereka?

Hari ini tidakkah kita merasa sedih melihat melihat telatah dan tindakan sesetengah Pemimpin Melayu dari PAS dan PKR yang konon nak jadi juara hak kebebasan.Mereka seolah olah menjadi penyokong kepada tuntutan seperti saya sebut di atas.Walaupun yg mereka lakukan itu mungkin bersifat politik yang beria ia nak jatuhkan UMNO dan yakin jika UMNO jatuh komponen BN yang lain akan beralih arah,tetapi terfikir kah kita apa akan jadi pada Orang Melayu sekiranya UMNO hilang Kuasa.Siapa pulak yang nak mempertahankan Melayu?

Mampukah Anwar menipu rakan rakan bukan Melayu PKR dan sahabat jitu nya DAP untuk mempertahankan Perlembagaan dan menjaga kepentingan Melayu andainya dia jadi PM?.Sedangkan semasa susah mencari sokongan, Anwar bukan saja setuju dengan tuntutan kaum Cina dan India malah menjadi juara dalam mempertahan tututan kaum kaum tersebut.Anwar menjadi HERO kepada HINDRF dan DAP dalam mempertikaikan ISA,Kehakiman,SPRM,Dasar Ekonomi Baru (DEB),BTN dan banyak lagi dasar dasar kerajaan untuk orang Melayu.Malah Anwar tutut sama menuduh UMNO parti perkauman.

Soalnya sekarang apakah Orang cina sudah tak ada sifat perkauman,dan orang India juga begitu ?.Adilkah Singapura terhadap Orang Melayu?.Apakah yang telah di buat oleh Lim Guan Eng terhadap orang Melayu Pulau Pinang ?.Apa yang telah di buat oleh DAP semasa PR perintah Perak ?.Bagaimana DAP kudakan PKR untuk kepentingan kaum mereka di Selangor?.Teliti dan fikir betul betul siapakah yang lebih perkauman di negara kita.?Apakah yg tersirat di sebalik perpecahan dalam MCA dan MIC ?

PAS pula seakan hilang punca apabila mereka sudah ketepikan perjuangan ISLAM mereka.Kerana dah malu alah dengan rakan kafir mereka yang telah menyumbang banyak undi terhadap kemenangan PAS.PAS mula alih pandangan Ahli mereka kepada kemelut isu kepimpinan kerana PAS takut ahlinya mula bertanya tentang perjuangan ISLAM yang selama ini di jaja oleh pemimpin pemimpin PAS.Mana Hudud,mana negara Islam ?.Sedangkan yang saya lihat setiap ceramah sekarang di hadiri oleh Rakan DAP dan kafir PKR.

Sebagai rumusan Semua orang Melayu dan UMat Islam harus sedar akan permainan musuh musuh islam yang bersembunyi dalam di dalam terang.seperti menarik rambut dalam tepung.Mulut manis menunjuk baik bila dapat satu persatu akan terhapus apa yang kita miliki.Takut nanti "KITA TERSEPIT DENGAN JERAT SENDIRI.

Wednesday, November 18, 2009

Prestasi Penglibatan Melayu Melaka Dalam Sektor Pembuatan

Pertumbuhan sektor pembuatan di Melaka pada tahun 2008 dan 2009 menurun sedikit berbanding pada tahun sebelumnya kesan daripada tindak-tanduk dan sikap lebih berhati-hati di kalangan pelabur berikutan ekonomi dunia yang agak perlahan. Gara-gara daripada lonjakan harga minyak, krisis makanan dan kelembapan ekonomi Amerika Syarikat yang dianggap sebagai nadi pertumbuhan ekonomi dunia menyebabkan pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih suram.

Kesan daripada kelembapan ekonomi ini sedikit sebanyak turut mempengaruhi aktiviti perniagaan di dalam bidang pembuatan di Melaka. Kesan ini dapat dirasai dengan berlakunya penurunan penglibatan para peniaga sebanyak 10% pada tahun 2008 berbanding pada tahun 2007. Jika dilihat dari segi penglibatan kaum terutamanya kaum Melayu amatlah sedikit dan jelas pengurangan berlaku dalam aktiviti pembuatan berasaskan perabot dan perkayuan iaitu hanya 10.4%, getah dan plastik iaitu 9.2%, produk galian bukan logam iaitu 4.1% dan diikuti produk berasaskan logam iaitu 11.9%

Begitu juga dengan pengeluaran berasaskan produk petroleum bertapis dan bahan api nukleur seperti penyimpanan cecair merbahaya,minyak atau petrol yang menunjukkan pengurangan penglibatan semua kaum sebanyak 62% pada tahun 2008 berbanding tahun sebelumnya. Pertumbuhan ekonomi dunia yang lebih perlahan akan mengurangkan permintaan terhadap bahan bakar ini sekaligus menyebabkan kejatuhan pendapatan peniaga yang menjalankan aktiviti ini.

Namun demikian, dengan adanya program dan projek pembangunan yang dirancang di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan dan di bawah pembangunan kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri, ia mampu memberikan impak yang positif dan berkesan dalam merancang pembangunan ekonomi yang berterusan.

Sebagai contoh, kerajaan negeri telah memohon peruntukan sebanyak 6.1 juta daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar bagi menaik taraf gerai dan membina kawasan rawat dan rehat (R&R) di Sungai Rambai di samping pelbagai lagi gerai baru yang dibina oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) dan Kerajaan Negeri. Ini secara tidak langsung dapat membantu pengusaha makanan dalam memastikan kualiti dan mutu makanan yang disediakan terjamin di samping mewujudkan lebih ramai pengusaha makanan.

Memang tidak dinafikan bahawa perusahaan makanan dan minuman dalam sektor pembuatan ini merupakan antara aktiviti yang hampir mencapai sasaran 30%. Pembabitan pengusaha Melayu pada tahun 2007 telah mencapai sebanyak 23.6% dan bertambah pada tahun 2008 sebanyak 26.4%. Ternyata ramai yang memilih aktiviti perniagaan berasaskan pembuatan makanan dan minuman kerana percaya bahawa perniagaan ini adalah perniagaan yang menguntungkan dan berterusan serta tidak memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang terlalu rumit. Justeru itu, kerajaan negeri memandang serius mengenai pembabitan Melayu dalam sektor pembuatan secara keseluruhan dengan menumpukan atau memberi perhatian yang lebih terhadap aktiviti yang dianggap kritikal.

Pelbagai kursus dan program yang melibatkan usahawan yang di jalankan oleh pelbagai agensi bagi mempertingkatkan pengetahuan serta motivasi. Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Rustam juga ada menyarankan bahawa setiap agensi kerajaan yang terlibat dengan program pembangunan usahawan harus bertindak sebagai ”lead agency” bagi beberapa sektor perniagaan utama seperti sektor pembuatan, sektor peruncitan, sektor perniagaan am dan beberapa lagi sektor utama dalam usaha untuk menambah jumlah usahawan Bumiputera di Melaka. Katanya lagi, ”lead agency” berperanan memastikan bahawa penubuhan persatuan diwujudkan mengikut bidang-bidang utama perniagaan. Dengan cara ini, penyertaan usahawan akan bertambah dari semasa ke semasa kerana kebaikan berpersatuan itu sendiri selain dapat memberikan khidmat nasihat dan menyediakan pakar runding bagi memastikan tahap perniagaan berada di tahap tertinggi dan semasa juga memberikan pendedahan dalam melahirkan usahawan yang tahan mengharungi dunia perniagaan. Usahawan perlu diingatkan agar tidak bergantung sepenuhnya kepada kerajaan dan mereka perlu menyahut cabaran kerajaan untuk menjadi usahawan yang benar-benar berjaya”.


Menurut Datuk Haji Hasnoor , selaku pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera (MTESB), hasil pemantauan yang dijalankan terhadap 4 aktiviti yang kritikal ini mendapati bahawa faktor-faktor yang menyebabkan penurunan bilangan pengusaha adalah disebabkan oleh pasaran yang kurang memberangsangkan, tidak mempunyai kemahiran dan pengalaman yang luas dalam industri ini juga memerlukan modal yang agak tinggi. Selain itu, ramai pengusaha Melayu beranggapan bahawa aktiviti pembuatan seperti perabot, getah dan plastik, logam dan bukan logam berhadapan dengan risiko yang tinggi berbanding perniagaan yang lain. Enggan menghadapi risiko menyebabkan ramai pengusaha Melayu memilih perniagaan yang mudah seperti perusahaan makanan dan minuman.

Sasaran untuk menguasai ekonomi Bumiputera Melaka sebanyak 30 peratus di bidang kritikal menjelang tahun 2010 masih belum tercapai berikutan pemikiran kaum Melayu yang begitu rigid terhadap bidang perniagaan. Sehubungan dengan itu semua agensi yang terlibat dalam pembangunan usahawan harus memberi tumpuan kepada aktiviti yang kurangnya pembabitan orang Melayu demi merealisasikan sasaran yang ditetapkan.